Saturday, September 5, 2009

PANAS...


gelisah...
keluh kesah
mengeluh
mundar mandir
hulu hilir
peluh dingin
membintik
membasahi dahi
biarpun sejuk
mencucuk sum-sum
panas...
meruap bahang
mata merah
kacip bibir
berlaga gigi..

ahhh....
sakit hati
celaka!!!
kerana membuta sebelah mata

si hakim adil
dihakimi
tiada mahkamah
hanya juri
yang celik kedua mata
si hakim adil
menyesal
kerana mata
dicucuk
habuk kedengkian











Wednesday, September 2, 2009

kecewa...

Kemenangan
sudah di hujung bibir
direnggut ganas
si tamak kemashuran
gelojoh
bak anjing kelaparan
menggongong kemenangan
di atas jerih saudara
setiap keringat
bagaikan tidak berharga
setelah sekian lama berusaha
membanting tulang memerah tenaga
untuk setitis kejayaan
perit di hati pedih terasa
madu tumpah di depan mata
di saat kemanisan ingin dirasa

sutra pawana...
bagiku kau sudah berjaya
biarpun tidak tertulis di naskhah berita
di hati setiap kita
kita adalah juara...