Tuesday, September 27, 2011

INILAH JALAN KEHIDUPAN

kehidupan umpama sebuah jalan.banyak simpang,lopak dan siur yang memaksa kita membuat pilihan.menggunakan akal anugerah tuhan dan quran hadis sebagai panduan.kehidupan yang kita impikan tidak seindah angan-angan.jika kita berpegang erat dengan khayalan kita akan menemui kebuntuan.buntu di saat menempuhi persimpangan. di saat jalan ada halangan...akhirnya sesat jauh di hutan.jika tidak kembali menempuhi ujian,matilah kita tanpa iman.. jika kehidupan tidak seindah impian,usah kita mengutuk diri,menyalah taqdir,mengucap kata penyesalan..tempuhilah ia, kerana di situ ada jalan..ujian bukan penamat sebuah kehidupan. ujian adalah pengajaran untuk kita hadapi masa hadapan.jalan itu cuma memberi cabaran..menguji hati yang mengaku beriman. serlahkan syukur dan redha di atas nikmat dan ujian tuhan.kita kan merasai kemanisan iman...usah mengeluh wahai insan...di atas sekelumit kesusahan... menangis tanpa mahu menerima kenyataan hanya merugikan..lebih teruk jika menyalahi sesama insan..inilah jalan kita yang Allah telah tetapkan.tempuhilah ia dengan kekuatan iman dan kesabaran..berpegangan tangan..eratkan genggaman..teruskan berjalan..sama-sama bahu bergandingan..kerana di sana ada keindahan..sebuah perhentian seindah-indah taman.taman yang dijanjikan tuhan..kerana berjaya menempuhi ujian ketaqwaan... inilah ia sebuah kehidupan...tidak seindah di kotak fikiran..tidak seperti yang kita inginkan..kerana Allah tahu apa yang baik dan buruk bagi kita kerana Dia adalah Tuhan..

Monday, September 12, 2011

BASYIR

Alhamdulillah..berita gembira dari doktor mengatakan isteri aku mengandung.ucapan tahniah dari doktor poliklinik Permai aku terima.seolah-olah doktor ni,doktor keluarga kami.sebab sudah beberapa kali kami berjumpa dengannya dan menerima nasihat darinya. pada awalnya isteri aku disahkan keguguran oleh doktor ni.aku redha saja lah..itu semua ketentuan Allah.semua itu kerja Tuhan, nasihat doktor.pun begitu kami dinasihatkan datang balik dalam masa 1 minggu untuk memastikan kandungan isteriku bersih bagi mengelakkan jangkitan kuman. esoknya kami pergi lagi ke hospital kerajaan untuk rawatan susulan..disahkan isteriku mengandung!! tapi kandungannya belum dapat dipastikan samada keguguran atau tidak. kami dinasihatkan untuk datang lagi selepas seminggu untuk mendapat kepastian samada gugur atau tidak.kami menunggu dari jam 12.30 sampai pukul 4 petang semata-mata untuk mengetahui hal tersebut..biasa lah hospital kerajaan.kena la banyak sabar..ujian semua tu... kami dinasihati rakan sekerja supaya mendapatkan rawatan susulan tanpa menunggu tempoh yang doktor bagi bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini berlaku.pelbagai cerita kami dengar.. banyak nasihat kami terima dari kawan-kawan sebab kami jauh di rantauan orang.memandangkan isteriku mula mengalami gangguan kesihatan yang membuatkan aku risau akan keadaanya.keadaan badannya yang mula lemah-lemah,panas sejuk,lenguh dari pinggang ke bawah,suara pun berubah akibat tersumbat hidung. belum cukup 1 minggu, aku mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan dan kepastian daripada doktor akan keadaan kandungan isteriku. kali ini kami datang lagi..bila di 'scan' kali kedua di Permai poliklinik, gumpalan darah dalam rahim isteriku masih ada...TAHNIAH...ucap doktor....satu pengalaman baru dalam hidupku menjejakan kaki ke alam bapa dan isteriku sebagai ibu tahniah isteriku...kerana engkau bakal jadi ibu...sabarlah dalam menempuhi ujian kerana kita berjauhan.sesungguhnya Allah memberi ganjaran yang banyak bagi Ayang kerana kesusahan mengandung... !
gambar ini adalah hak cipta terpelihara..

Thursday, September 8, 2011

SAJA

balik raya baru-baru ni sempat aku ke pantai...saja nak bawa bini tengok laut, tapi bini tak nak ikut..jadi, aku bawa adik-adik dan anak sedara tunggal aku lah...ni la antara gambar yang aku sempat edit...

Wednesday, September 7, 2011

MAKMUM

lama tak updet blog..lama dah aku nak kongsi cerita ni tapi masa tak mengizinkan.cerita ni berlaku masa posa baru-baru ni...

alkisahnya pasal jawatan kosong.......

satu petang tu aku sama kawan aku angkat bener di pagar masjid.tajuk bener tu ialah JAWATAN KOSONG...kekosongan jawatan yang dimaksudkan itu ialah, makmum di masjid.tujuannya ialah menyedarkan orang ramai tentang kepentingan solat berjemaah di masjid.sengaja buat gimik...dakwah pun ada strategi..tu semua idea sorang ustaz,dia dapat dari FB..bagus FB ni kalu kena cara ging..!!

masa tengah pasang bener tu,melintaslah dua orang perempuan dalam lingkuan hujung 30an.dia tengok iklan tersebut sambil berlalu...bila jauh baru dia tegur tanya pasal jawatan kosong tersebut..



perempuan: ooo..jawatan kosong..lelaki dan perempuan..?
aku : yup..lelaki dan perempuan.
perempuan: jawatan kosong lelaki dan perempuan..?
aku : ye lah,untuk lelaki dan perempuan..
perempuan: jawatan MAKMUM untuk lelaki dan perempuan (konfius)
aku : ye la,semua dialu-alukan.
perempuan: ye...MAKMUM..? kerja apa tu jadi makmum..?
aku : jadi makmum lah..(aku hairan)
perempuan: ye la..MAKMUM tu kerja apa...? (blur..)
aku : MAKMUM lah..
perempuan: MAKMUM tu apa??
aku : MAKMUM tu datang la sembahyang di masjid..ikut imam..terbuka untuk lelaki dan perempuan.sembahyang berjemaah di masjid...
perempuan: ooo...bah,terima kasih lah..hehehe (malu sambil berlalu)

rupa-rupanya ada orang tak tau maksud MAKMUM itu apa...