Tuesday, August 27, 2013

REZKI TAK KEMANA


kisahnya aku bersama isteri dan anak balik ke Sabah dari Kelantan menaiki kapal terbang MAS.dalam flight dari KL ke sabah. sewaktu kami duduk di kerusi tiba-tiba patung bear anak aku jatuh ke kaki.dalam keadaan yang sempit itu aku tunduk mengambil anak patung..semasa tunduk aku ternampak sebentuk cincin emas di lantai tempat aku duduk.aku ambil dengan niat mau serahkan pada pramugari supaya diisytiharkan dalam flight siapa-siapa kehilangan cincin.aku tunjukkan kepada isteri cincin tersebut...
aku cakap "nah abi jmpa cincin" sambil tunjukkan kepada isteriku.
"ini cincin yang ayang hilang dulu" balas isteriku. "abi main-main eh?" tanya isteriku.
"buat apa abi main-main." aku balas.."abi bukan jenis suka ambil barang orang" sambung aku lagi.
isteriku masih tidak percaya.
"ini cincin yang ayang hilang aritu (tapi x tau hilang di mana) ayang ayang ceritakan pada abi" ujarnya lagi.
aku berfikir, pernahkah bini aku cerita pasal hilang cincin..(nampak sangat aku tak ambil perhatian bila bini bercakap huhu..) "ini cincin pemberian ma" sambung dia lagi.
"kalu begitu syukurlah.." aku balas sambil dalam kepala aku berfikir,kalu rezki tu tak kemana.kalu rezki tu yg kita Allah akan bagi jugak dalam apa cara sekali pun.

inilah perkara ajaib aku rasa dalam hidup ini. bayangkan cincin tu mungkin terjatuh dalam kapal terbang.dengan jarak masa yang lama (berbulan-bulan jarak masa tu) Allah takdirkan kami menaiki kapal terbang yang sama, dan cincin tu masih di situ...lagi ajaib kami duduk di kerusi yang sama (mungkin).lagi ajaib, staff kapal tu tak bersihkan ke kapal terbang ni??

kalau sudah rezki tak kemana...yakin dengan Allah..subhanallah.....

Thursday, February 7, 2013

sir ustat

Tahun ini banyak benda yang berlaku pada diriku.awal tahun aku sudah dihidangkan dengan babak-babak yang entah apa-apa.banyak benda yang mahu aku coretkan di sini sebagai pembuka tirai 2013 akan tetapi hilang dalam ingatanku.sekarang dah pun masuk bulan febuari...

babak yang membingungkan aku sekarang ni ialah status aku sebagai guru di sekolah sekarang masih tergantung.aku sekarang ni boleh dikatakan sebagai guru 'on call' memandangkan aku tidak mempunyai jadual kelas yang tetap.aku hanya menggantikan guru yang tidak hadir.ini kerana pada awal tahun aku dipindahkan ke sekolah baru dan tempat aku digantikan dengan guru lain.sekolah baru yang aku dipaksa bertugas atas alasan keperluan ustaz pula,ustazahnya tak mau pindah.ngam juga aku pun tak mau pindah...jadi,aku tak boleh masuk ke sekolah tersebut,dan aku juga hilang tugas di sekolah asal kerana telah diambil alih oleh ustazah baru.atas nasihat PPD sementara menuggu surat perpindahan baru aku dikehendaki berada di sekolah asal senentara waktu...sampai sekarang aku masih menunggu...yang syoknya aku banyak mrngganti kelas bahasa ingris sampai murid pun konfius mau panggil ustat ke sir...hahaha...papun itu adalah pengalaman

Friday, November 2, 2012

sabar...


lidah yang tak bertulang
hati yang tiada belulang
bila lidah menghambur kencang
hancur hati  remuk berlubang

akal yang bersenjatakan fikiran
cuba bertahan menghunus kesabaran
mata mengalirkan darah kepedihan
jiwa menangis meratap belas kasihan

sebuah peperangan angkara kedhaifan
nafsu pula mencelah kesempatan
menjadi raja dalam kesempitan
hanya kemenangan menjadi tujuan

bendera megah dipacak di kubur ihsan
diinjak-injak tentera kewarasan
tersungkur menyembah bala keimanan
di telapak pesta syaitan yang kepuasan




Saturday, October 20, 2012

kenapa kerana?



kenapa sering berbalah?
kerana sangkaan kita yang selalu salah

kenapa selalu bertengkar?
kerana seringkali kita ingkar

kenapa kita bergaduh?
kerana kita suka menuduh

kenapa sangkaan kita selalunya salah?
kerana hati kita penuh ammarah

kenapa seringkali kita ingkar?
kerana dalam hati kita ego berlingkar

kenapa kita suka menuduh?
kerana kita masih bodoh
kerana hati kita keruh
kerana banyak dosa berlabuh
kerana ilmu kian roboh
kerana Allah kian jauh

Friday, October 5, 2012

dunia ciptaan zhon



seindah dunia lumat dimamah zhon sekecil semut. kebenaran terkurung di balik gelemat bayangnya yang hanya sebesar agas. dunia ciptaan sendiri dihiasi duri-duri menelan indahnya sebuah mimpi meroboh sebuah realiti.

hidup dalam dunia ciptaan sendiri berhias duri dari khayalan seketul hati yang sakit. langit yang luas terbentang dikatakan ingin menimpa diri. pantai yang indah pula mengundang baginya resah. angin yang menderu mengundang seteru...

kegelapan ciptaan zhon menjemput musibah. hati yang tidak berhati-hati kan cepat mati. menurut nafsu kan terburu-buru. hati yang sakit kan mengecap perit...

rumah yang cantik tak akan ada penghuni. ramainya kawan adalah banyaknya lawan. walau bersaudara hakikatnya sebatang kara. tidak pernah suka hanyalah luka. akibat dari benda yang tiada dicipta-cipta, untuk bergurindam lara. pujian baginya adalah cacian. tegur sapa dikata mengata..

di dunia ciptaannya....yang terindah, dialah...yang benar, dialah sebenar....jika dia menoleh ke kiri, dia kan nampak pendengki. jika pandang ke kanan dia lihat adalah lawan. tengok ke depan, yang nampak adalah kejahatan...

kerana zhon yang hodoh, diri semdiri diperbodoh..suka memandai dalam berandai. apa yang dicari hanyalah kepuasan diri....tanpa sedar, diri tersasar...

orang yang suka suu zhon (sangka buruk) tidak akan nampak jalan bahgia yang ada hanyalah petaka. terasa sempit walaupun di padang yang terbentang.......

Friday, August 3, 2012

SALAH SANGKA

sedang aku pot,pet,pot,pet mengajar, datang pelajar mencari kasut hilang.katanya kasut hilang semasa di makmal komputer.kasut pelajar perempuan...

dalam kepala aku dok syak sorang murid lelaki kelas aku yang sikit nakal.aku terus tanya dia...
"mana kau tapuk (sembunyi) kasut tu?"
dia jawab "bukan  saya yang tapuk...saya nampak kasut tu kat sana (menunjuk ke arah tandas perempuan).
dalam kepala aku sah-sah dia yang buat kerja tu.kalu bukan dia buat masakan dia tahu kasut tu dimana.
"kalo gitu kau bawa dorang pi tempat kasut tu" suruh aku..dia bawa pelajar tersebut ke tempat yang dibagitau.

tak lama kemudian pelajar yang hilang kasut tu masuk kelas sambil menangis bersama-sama murid aku yang nakal tadi.aku tengok dah ada kasut dah.komfom budak ni yang buat kerja fikir aku.aku cuba saiko kot-kot dia mau mengaku dia yang buat.

"kalo kau tak akun (mengaku) mama kau mati". aku saiko sikit.
"betul saya tak buat". jawabnya dalam takut-takut.

tiba-tiba ada murid cakap di belakang aku..."saya nampak si "anu" tadi yang buat.
murid yang kena sebut nama tu mula cuak..bila aku tanya mereka mula tuduh menuduh kawannya yang lain.
rupa-rupanya dia yang buat...

sangkaan aku salah!!! aku fikir budak yang nakal yang buat, tapi yang buat kerja tu budak yang senyap dalam kelas!!

pengajaran : jangan pandang orang dari luaran,jangan anggap setiap kejahatan adalah perbuatan orang yang kita anggap jahat kerana dia selalu buat kesalahan...tidak semestinya yang kita nampak baik itu tidak melakukan kesalahan...husnu zhon walaupun dengan seorang pencuri...

Monday, July 2, 2012

hidup itu perasaan

 
 "gambar kenangan bersama arwah NorAhmad Tayyib(baju melayu merah).moga Allah cucuri rahmat ke atas roh beliau"


"hidup ini hanyalah perasaen" kata kawan aku merangkap guru kepadaku semasa dalam perjalanan balik dari KK.lama juga aku memikirkan maksud kata-kata ini. sungguh dalam maknanya.

kata-kata ini diambilnya dari mulut seorang guru pondok ketika dia melawat guru tersebut sakit.guru tersebut tanya "dok (tinggal) mana?" dia cakap "dok di Sabah".
"sabah ko (atau) kelate sama jah (je). hidup ni adalah perasaan.kalu kita makan nasi di pantai kita rasa kenyang.kalu kita makan nasi di rumah pun rasa kenyang juga.cuma rasa (feel) tu lain". kata guru pondok itu.

kata-kata itu membuatkan aku rasa mahu je aku tinggalkan kesibukan mengejar dunia.setelah lama aku memikirkan makna tersirat sebalik kata-kata itu.

"dunia pun kita kena cari..." balas kawanku bila aku sebut mahu tinggalkan dunia.

"kawe (aku) buleh simpulkan disini mat,bahawa kita ni walaupun dok bua (bercakap) kita kena selitkan juga perkara agama walau sikit.mana tau hok (yang) kita sebut sikit tu orang boleh pegang". sambung kawanku lagi.

betul, walaupun kita bersembang panjang di kedai kopi, kita kena selitkan walau sikit perkara agama.mana tau kata-kata itu menjadi punca hidayah kepada orang yang mendengarnya..

terlalu banyak perkara yang aku belajar dalam perjalanan yang hanya sesingkat satu jam setengah itu..

hidup ini adalah perasaan...ya, ianya adalah perasaan......