Saturday, October 20, 2012

kenapa kerana?



kenapa sering berbalah?
kerana sangkaan kita yang selalu salah

kenapa selalu bertengkar?
kerana seringkali kita ingkar

kenapa kita bergaduh?
kerana kita suka menuduh

kenapa sangkaan kita selalunya salah?
kerana hati kita penuh ammarah

kenapa seringkali kita ingkar?
kerana dalam hati kita ego berlingkar

kenapa kita suka menuduh?
kerana kita masih bodoh
kerana hati kita keruh
kerana banyak dosa berlabuh
kerana ilmu kian roboh
kerana Allah kian jauh

Friday, October 5, 2012

dunia ciptaan zhon



seindah dunia lumat dimamah zhon sekecil semut. kebenaran terkurung di balik gelemat bayangnya yang hanya sebesar agas. dunia ciptaan sendiri dihiasi duri-duri menelan indahnya sebuah mimpi meroboh sebuah realiti.

hidup dalam dunia ciptaan sendiri berhias duri dari khayalan seketul hati yang sakit. langit yang luas terbentang dikatakan ingin menimpa diri. pantai yang indah pula mengundang baginya resah. angin yang menderu mengundang seteru...

kegelapan ciptaan zhon menjemput musibah. hati yang tidak berhati-hati kan cepat mati. menurut nafsu kan terburu-buru. hati yang sakit kan mengecap perit...

rumah yang cantik tak akan ada penghuni. ramainya kawan adalah banyaknya lawan. walau bersaudara hakikatnya sebatang kara. tidak pernah suka hanyalah luka. akibat dari benda yang tiada dicipta-cipta, untuk bergurindam lara. pujian baginya adalah cacian. tegur sapa dikata mengata..

di dunia ciptaannya....yang terindah, dialah...yang benar, dialah sebenar....jika dia menoleh ke kiri, dia kan nampak pendengki. jika pandang ke kanan dia lihat adalah lawan. tengok ke depan, yang nampak adalah kejahatan...

kerana zhon yang hodoh, diri semdiri diperbodoh..suka memandai dalam berandai. apa yang dicari hanyalah kepuasan diri....tanpa sedar, diri tersasar...

orang yang suka suu zhon (sangka buruk) tidak akan nampak jalan bahgia yang ada hanyalah petaka. terasa sempit walaupun di padang yang terbentang.......