Friday, July 17, 2009

TERSINGKIR TIDAK TERSUNGKUR

hari berganti hari. keahlian naga bogho makin meningkat dengan kehadiran pelajar baru dari PJ dan komitmen dari ahli-ahli senior. akhirnya sampailah masa untuk pertandingan dikir barat antara universiti. pada tahun itu, pertandingan diadakan di USM Pulau Pinang. berita penyertaan naga bogho dalam pertandingan itu telah menarik minat ramai pelajar senior mahupun junior. baru aku tahu rupanya mereka ini ada angin masuk pertandingan bukan angin berdikir. itulah yang dirungut oleh ahli senior. bila ada pertandingan mulalah ramai...tapi sekiranya tidak ada pertandingan keahlian turut surut.

maka bermulalah latihan gigih naga bogho di bilik kesenian (OR). bermula dengan belajar menepuk, memasuk lagu sehingga mereka tari yang tidak pernah aku buat sebelum ini. waktu itu aku menepuk pun masuk teragak-agak lagi, ditambah pula dengan bunga tari yang meliuk membuatkan aku "kenalin" bimbang melakukan kesilapan. bagi pendikir universiti, pertandingan inilah peristiwa paling besar. jika kesilapan berlaku di atas pentas ibarat tercalar maruah. sebelum ini maruah naga bogho pernah dipalit lumpur dengan kesilapan tukang karut lupa lirik, menyebabkan lirik spontan yang lari dari tajuk terlepas dari mulut. kesilapan itu menyebabkan tukang karut itu digelar sebagai "mat imi semut gata" (dalam lagu karut ada disebut : "keno ketik ko semut gata") walaubagaimanapun itulah keprofesional seorang tukang karut yang tidak pernah mati idea..p/s: maah mi heheh..

latihan kami dalam OR dipindahkan ke stadium bagi melasakkan lagi suara di tempat terbuka. aku masih ingat dua tukang karut dari luar dijemput khas untuk menilai awak-awak, tukang karut dan jogho. Jen Kera Duku dan Li Dewa Muda menjadi mentor kami.

pada waktu pemilihan pertama beberapa orang dikeluarkan kerana kaku meliuk bunga tari. namun begitu pada sesi kedua dimasukkan balik dan aku dimasukkan ke dalam senarai terkeluar...pada masa itu sungguh aku rasa kecewa namun rasa terlepas dari ketakutan melakukan kesilapan di pentas pertandingan...aku kecewa sebab tiap kali latihan aku mesti hadir, dan aku sanggup mengorbankan program lain untuk latihan. cuma ada juga aku tidak hadir sebab tak dapat dielakkan. kesilapan aku pada masa pemilihan ialah tersalah arah melakukan tari..
walaubagaimanapun, masih terpilih ke USM sebagai pembantu artis...
sampailah hari pertandingan........


No comments:

Post a Comment