Monday, September 12, 2011
BASYIR
Alhamdulillah..berita gembira dari doktor mengatakan isteri aku mengandung.ucapan tahniah dari doktor poliklinik Permai aku terima.seolah-olah doktor ni,doktor keluarga kami.sebab sudah beberapa kali kami berjumpa dengannya dan menerima nasihat darinya.
pada awalnya isteri aku disahkan keguguran oleh doktor ni.aku redha saja lah..itu semua ketentuan Allah.semua itu kerja Tuhan, nasihat doktor.pun begitu kami dinasihatkan datang balik dalam masa 1 minggu untuk memastikan kandungan isteriku bersih bagi mengelakkan jangkitan kuman.
esoknya kami pergi lagi ke hospital kerajaan untuk rawatan susulan..disahkan isteriku mengandung!! tapi kandungannya belum dapat dipastikan samada keguguran atau tidak. kami dinasihatkan untuk datang lagi selepas seminggu untuk mendapat kepastian samada gugur atau tidak.kami menunggu dari jam 12.30 sampai pukul 4 petang semata-mata untuk mengetahui hal tersebut..biasa lah hospital kerajaan.kena la banyak sabar..ujian semua tu...
kami dinasihati rakan sekerja supaya mendapatkan rawatan susulan tanpa menunggu tempoh yang doktor bagi bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini berlaku.pelbagai cerita kami dengar.. banyak nasihat kami terima dari kawan-kawan sebab kami jauh di rantauan orang.memandangkan isteriku mula mengalami gangguan kesihatan yang membuatkan aku risau akan keadaanya.keadaan badannya yang mula lemah-lemah,panas sejuk,lenguh dari pinggang ke bawah,suara pun berubah akibat tersumbat hidung.
belum cukup 1 minggu, aku mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan dan kepastian daripada doktor akan keadaan kandungan isteriku.
kali ini kami datang lagi..bila di 'scan' kali kedua di Permai poliklinik, gumpalan darah dalam rahim isteriku masih ada...TAHNIAH...ucap doktor....satu pengalaman baru dalam hidupku menjejakan kaki ke alam bapa dan isteriku sebagai ibu
tahniah isteriku...kerana engkau bakal jadi ibu...sabarlah dalam menempuhi ujian kerana kita berjauhan.sesungguhnya Allah memberi ganjaran yang banyak bagi Ayang kerana kesusahan mengandung...
!
gambar ini adalah hak cipta terpelihara..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment