SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu memberi penjelasan terperinci berhubung tindakan Wang Tak Co Ltd yang menjadi pemegang saham tunggal terbesar dalam Padiberas Nasional Bhd (Bernas).
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin berkata, kerajaan telah gagal menjamin keselamatan makanan negara kerana membuka ruang kepada kapitalis asing. “‘Periuk nasi’ rakyat kini dikuasai oleh kapitalis dari Hong Kong. Jika di negara lain, isu sebesar ini sudah tentu ada menteri bertanggungjawab, malah meletak jawatan. “Oleh itu, Najib seharusnya beri penjelasan,” katanya.
Sementara itu Teras Pengupayaan Melayu (Teras) turut mendesak kerajaan bertindak memastikan pemilikan 30 peratus saham Bernas dikuasai syarikat luar segera dikembalikan semula kepada syarikat dalam negara. Pengerusinya, Azmi Abdul Hamid berkata, tindakan liberalisasi tanpa kawalan ini sangat berbahaya. ”Adakah pihak kerajaan tidak dirujuk untuk memastikan Bernas tidak membuat keputusan yang akan menjejaskan pemilikan syarikat yang sangat strategik ini? Bukankah itu syarat syarikat GLC,” katanya. http://www.sinarharian.com.my/com/content/story3002938.asp
No comments:
Post a Comment