Wednesday, June 30, 2010

MTQ






Majlis tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan diadakan di Wisma MUIS pada tahun ini.Kebetulan pada malam "rehearsal" aku sempat klik beberapa gambar. Pertemuan tak sengaja dengan kawan lama semasa di UIA yang kini bekerja dengan JAKIM dan kawan baru yang sempoi.
Aku dicuit kawan melihat seorang penonton tidak bertudung dan ber'skirt' sedang duduk di kerusi. Mungkin bukan islam...dan di pentas sedang mengarah 'decoration' juga tidak bertudung...moga-moga mendapat hidayah...
Aku lihat lagi betapa ramai umat islam di Sabah yang cukup menyejukkan mata. Aku harap suatu hari nanti Sabah menjadi pusat perkembangan islam di rantau asia..

Sunday, June 27, 2010

OREN

Kundasang

Kota Kinabalu waterfront

Kota Bharu - Bangunan Billion

Kota Kinabalu Waterfront


Kali ni aku menggunakan 'mood' oren/kuning. Lokasi gambar berbeza tempat. Sebenarnya aku tak tahu macamana mau 'edit' gambar supaya kelihatan seperti profesional. Pusing-pusing,klik-klik akhirnya jadi macamni..Apapun 'enjoy.........'

Monday, June 21, 2010

Laut Senja


Menggunakan Sony a200..
lokasi: depan pasar piliphine, sabah..

Friday, June 18, 2010

Masjid Negeri Sabah

Masjid Negeri Sabah..Kota Kinabalu..

Wednesday, June 16, 2010

belum selesai





Akhirnya selesai sudah misi tak mustahil aku.cukup mencabar otak.sepanjang tiga hari bertungkus lumus menjawab soalan peperiksaan.sekarang hilanglah keserabutan memikirkan jawapan yang perlu dicurah di kertas jawapan,tinggal lagi serabut memikirkan keputusan..arr...
anak kucing tu aku ambil di maktab.comel-comel dan gebu walaupun sebenarnya berbau hapak haha..

Friday, June 11, 2010

MAHA BESAR

Di dada langit terlukis
KeangunganNya yang tertulis
Dalam kitab suci dan hadis
Penguat iman yang nipis
Mukholafatuhu lil hawadis
Yang satu tidak berjenis
Tiada satu yang persis

Dia Yang Maha Besar
Mencipta alam bagai dihampar
Cakerawala yang berputar
Musim yang silih bertukar
Darat laut tidak berpagar
Bumi luas terdampar
Dialah Allahu Akbar..

Wednesday, June 9, 2010

PEGAGA




ku cuba dongak ke langit
melaungkan segumpal sakit
derita bumi yang melilit
tulisan cerita nan perit

ku julang tapak tangan
bersama sekepal keluhan
mengharap ia berterbangan
hilang dari pandangan

Saturday, June 5, 2010

MASJID




ini kali masuk maktab untuk peperiksaan,KISSM,BTN dan antah apa lagi.Aku dangar ada yang bilang kena kensel..padulilah cakap urang.Yang penting bila di maktab atu nanti tau la apa yang kensel atau inda.Bertindak mengikut arahan pesan pensyarah aku...

Singgah solat sekejap di Masjid Negeri. Ini kali aku bapaluang menangkap pemandangan panuh masjid ani. Sablum ani inda parnah dapat. Mun dari dapan mimang susah dapat pemandangan panuh. dari siringnya baru tah dapat.

bisai jua masjid ani.basar pun basar...tampat wudhu' ada disediakan macam kolam dalam masjid disamping paip yang turut disediakan...nanti masjid Likas lagi mau diambil gambar..atu lagi bisai..

Friday, June 4, 2010

MALAS

malasnya...tak tahu nak buat apa..padahal kerja berlambak..keadaan aku sekarang macam gambar di atas..tafsir la sendiri

Thursday, June 3, 2010

TAUFAN







Alam yang indah yang lensa aku kejar selama ini rupa-rupanya cukup ganas.Cantik,tenang namun sampai satu ketika ia bertukar menjadi mimpi ngeri yang menggerunkan.

Kelamarin dikatakan puting beliung melanda di Kampung Saga-Saga,Membakut, dan menyebabkan SMK Saga-saga (SMK Membakut 2) mengalami kerosakan agak teruk. Garaj kereta ranap diterbangkan,tingkap kelas turut dihancurkan. Pagi ini aku sempat merakamkan beberapa keping gambar kerosakan tersebut. Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) telahpun mengadakan lawatan.

Hmmm...dalam ketenangan ada kemarahan, dalam kecantikan ada kengerian...

Wednesday, June 2, 2010

WAWAN



hadirmu adalah cahaya
tawamu pengubat luka
tangismu menyetuh jiwa
telatahmu mengikat bahagia

senyumlah duhai anak
dalam dakapan kasih emak
pelukan sayang kasih bapak
di peti hati kasihnya terletak

anak ustaz azmi maskor..aku belum ada bini la hahaha