Monday, May 31, 2010

PEKAK?


perjalananku masih belum berhenti.melihat telatah makhluk bernama manusia..sungguh luarbiasa,pelik dan jelik.bukan mahu menilai,tapi apa yang aku cerita ialah apa yang aku lihat.

kisah1:
tika azan asar berkumandang...kelihatan beberapa orang sedang menggaul simen di perkarangan masjid.sambil bekerja,matanya melihat orang berduyun-duyun naik ke masjid.tangan masih rajin membuat kerja dengan tidak berbaju di bawah panas terik.hanya beberapa meter dengan kolah masjid.

selesai solat asar,lelaki tadi masih bekerja...rajin betul...taat betul dengan perintah manusia..

kisah 2:
dua pekerja membaik pulih jalan datang ke masjid untuk mengambil air.kebetulan dengan waktu zohor.kebetulan juga pada masa itu ada pakcik tabligh di kolah.respek pakcik tu dengan selamba mengajak pemuda tadi solat.namun jawapannya amat mengecewakan, takut BOS marah..pakcik tu balas, bos takkan marah kalau orang mahu sembahyang...namun...tidak berjaya.mereka sanggup di bawah panas terik matahari membuat kerja...

aku bukan mulia..Allahummaghfirli walahum...

Saturday, May 29, 2010

INDAH







Berjalan lagi aku di muka bumi ini.Melihat hamparan ciptaan Tuhan yang tiada tandingan.Langkah akan terus dihayun selagi ada kudrat.Selagi Allah masih memberi peluang,selagi Allah masih memberi pinjam.

Aku lihat alam..lukisan kedamaian.Anugerah tuhan untuk kita fikirkan.Rasa kehambaan mengisi ruang.Angkuh sombong tenggelam di hadapan kebesaran Tuhan.

Lokasi: Pantai Kenang-Kenangan,Sungai Sri Sardang, Bongawan Sabah.

Wednesday, May 26, 2010

RASUK...


Lepas keluar kelas,ada murid bagitahu ada 2 orang pelajar tahun 6 kena rasuk. Yang satu tu memang selalu kena sepanjang bulan ni. Bagusnya dia tidak meronta tapi hanya diam seperti orang sedang tidur.

hari ni kawannya juga turut ternampak apa yang dia nampak.nasib baik tidak histeria...kalu tak naya juga lah..

aku bergegas pergi ke tahun enam..kelihatan pelajar sedang membaca surah Yasin beramai-ramai.pelajar itu hanya diam tapi mengalirkan air mata menangis.matanya terbuka dengan tubuh yang lemah.biasanya dia dalam keadaan tidur...

aku pula tidak pandai ilmu jin syaitan ni.apa aku boleh buat, hanya tengok...mau aku baca-baca takut aku pula diterkamnya hehee...aku dengar budak-budak membaca Yasin...bacaan tunggang langgang panjang pendek ayat..mau aku tegur diorang dalam keadaan tak sesuai...tapi aku tegur juga lah pelajar yang dekat aku..."cuba tengok baris panjang dan pendek.." barulah pelajar itu ketawa malu-malu...

dalam mengurus budak ni aku tengok ke papan tulis...dalam hati aku tertawa...ada ke patut ditulisnya nama Allah dan Muhammad besar-besar.ingat jin syaitan takut ke??tapi tak apa lah sebab itu kerja budak-budak...terlintas di fikiran aku, beginilah orang kita,hanya gantung ayat-ayat Al-Quran di dinding sebagai penakut jin syaitan,tapi Al-Quran berhabuk di rak...ada yang Al-Quran pun tiada di rumah barangkali...

akhirnya datang seorang cikgu tapi kristian..dikeluarkan bungkusan kecil dalam begnya.aku perhatikan apa dia buat.kemudian dia 'cross' tubuhnya...aku pun serba salah.nasib baik dia tidak keluarkan salib.bagusnya lagi,dia suruh teruskan bacaan Yasin sewaktu dia menguruskan budak tersebut.namun tidak ada apa-apa kesan...

akhirnya mama budak tersebut sampai...selesai kebimbangan warga sekolah...

pengajaran:
- kena belajar sikit-sikit ilmu pasal jin ni
- Al-Quran jangan simpan saja
- belajarlah membaca Al-Quran dengan betul

Tuesday, May 25, 2010

KAMERAAAA...


Henset CSL 5.0mp


Nikon Semi Pro..12mp (digital) aku tak ingat spec dia..



Olympus fe-20 8mp...

Masa sambutan hari guru, aku dengan sukarela menjadi fotografer. Cikgu yang minta tolong aku ambil gambar. Paling best aku guna nikon semi pro kepunyaan ustzh faridah. kemudian olympus cg dayang salama. last skali henpon aku setelah bateri kamera habis...

Monday, May 24, 2010

PEPERIKSAAN


Hari ini bermulanya peperiksaan pertengahan tahun. Ini menandakan bahawa tempoh keberadaan aku di Sabah mencapai setahun setengah. Minggu ini tidak ada PnP dijalankan. Guru-guru dapat merehatkan sekejap minda kerana tidak payah bertungkus lumus menjalankan pengajaran. Walaubagaimanapun, selepas ini mereka akan mula pening dengan tugas menanda kertas,mengisi markah,menyiapkan laporan prestasi dan sebagainya...
Nampaknya cuti sekolah yang akan datang diisikan dengan kerja-kerja ini. Mmmm...aku pula terpaksa bertungkus lumus di maktab...Inilah kali terakhir aku akan ke maktab...Semasa menjaga peperiksaan, sempat aku 'klik-klik' telatah muridku ketika menjawab soalan...




Bittaufiq Wannajah..!!! Semoga kamu semua berjaya di dunia jua di akhirat...!!!

Sunday, May 23, 2010

SAYU..



apakah perasaan ini
mengocak empangan hati
riak kecil berlari
menghentam sanubari

basah tidak berair
titik tidak mengalir
kelu benak memikir
dari ulu atau hilir

bagai diramas
sebuah ego nan keras
hancur tak berteras
sebak nafas lemas

di mana punca...???
apakah bencana...???
adakah aku gila...???
atau aku sedang derita...???

ku ketuk dada bertanya
apakah aku berdosa..??
seraya sayup ia berkata
ya,kau penghimpun dosa....

Saturday, May 22, 2010

HARMONI..


Semenjak kedatangan aku ke Sabah,banyak perkara yang telah lihat dan ianya amat berbeza dengan Semenanjung. Terutama dalam soal agama. Yang tidak pernah aku lihat ialah percampuran agama dalam satu keluarga. Memeluk islam dalam sesebuah keluarga bukan islam adalah perkara biasa dan tidak mendapat tentangan dari keluarga...

Aku pernah bercerita dengan seorang cikgu Kristian yang dibesarkan dalam keluarga Islam, tapi tidak masuk Islam. Bahkan dia pula yang menasihati anak-anak saudaranya yang Islam supaya mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.

Aku juga berjumpa dengan seorang pekerja yang ingin memeluk Islam,tapi menunggu orang yang dapat memberikannya bimbingan yang betul. Sebab itulah nasihat bapanya yang bukan Islam. Jika mahu Islam,carilah yang dapat memberi bimbingan.

Aku juga ada kawan yang sudah lama memeluk Islam, tapi mak dan ayahnya masih belum Islam. Adik beradiknya juga ada yang Islam dan yang belum Islam. Mak bapanya tidak juga menghalang dia maasuk Islam...

Yang menyedihkan, ada yang masuk Islam, tapi jauh dari bimbingan...dan juga yang Islam asal tapi sama dengan bukan Islam. Apa yang aku dapat simpulkan ialah:
- ada yang masuk Islam kerana perkahwinan
- ada yang masuk Islam, tapi tidak mendapat bimbingan
- yang Islam tidak mendidik muallaf dengan betul
- muallaf tapi tidak mengikuti kelas yang diadakan oleh Jabatan Agama

Ynag unik ialah...nama bukan Islam tapi agamanya Islam...dan nama Islam tapi agamanya bukan Islam...sampai aku konfius untuk bagi salam...

Friday, May 21, 2010

BLURR...

Mengapa dan kenapa
Kelu mencari punca
kosong...
kusut masai terasa
bagai sedang disiksa
Putih......
di mana berada
terdengar suara derita
Angin......
sayup di telinga jiwa
entah apa dipinta
Lirikan...
membiarkan ia lupa
sebakul batu sengsara
Dekah...
menyapu setitis air mata
menitik tiada berpunca
Langkah...
masih gagah kuasa
jejak lesu tak bermaya

Wednesday, May 19, 2010

selamat hari guru


selamat hari guru...takda mood updet blog...

Saturday, May 8, 2010

BENCI


Ah, muak...jelik...
muka-muka tak malu menempek
terkeluar urat marih bertempik
berbuih mulut di panas terik

hari-hari di tv
tak jemu-jemu menabur janji
jambatan kayu kan ditukar besi
jalan kerbau dibikin highway kalau jadi

tua miskin kan jadi kaya
beras segantang sekampit gula
setahun sekali tak pernah merasa
hari ni baru nak tunjuk muka

ikut aku kau akan bahagia
ikut dia kau akan sengsara
tapi bertahun kami derita
angkara siapa yang bertahta

Thursday, May 6, 2010

ENTAH LA BELALANG


"PRIHATIN TERHADAP RAKYAT..."
Ketika sedang asyik lepak, terdengar aku kenyataan ini dari corong speaker televisyen...sudah tentu ianya diungkapkan oleh wakil rakyat Kerajaan..."rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan"

Aku tidak hairan dengan kenyataan tersebut...yang amat membingungkan ialah, bila dikaitkan dengan PIALA DUNIA yang akan berlansung...APA YANG DIPRIHATINKAN??? apa yang telinga aku dengar ialah, bagi mengelakkan BOOKIE haram...dan menjaga kepentingan BOOKIE HALAL?? sedangkan kedua-duanya adalah JUDI...

Tidak hairanlah di Malaysia ni...sebab cop halal sendiri pun ada yang haram dan halal hahaha...tampal je di kedai judi..."INI JUDI BERLESEN (HALAL)"

kalau ustaz-ustaz cakap perkara begini di masjid, nescaya dikatakan menggunakan masjid sebagai tempat politik...

"sesiapa menyokong orang yang membuat kemungkaran,sesungguhnya dia juga sedang membuat kemungkaran.."

Tuesday, May 4, 2010

KUDAT 2009







Ku susuri jalan kehidupan
Menuju destinasi indah yang berkekalan
Di lorong nan penuh kepayahan
Berbekal sebekas kesabaran

Duri dan ranjau bertaburan
Menghiasi kiri dan kanan
Menikam kaki kealpaan
Tika leka diulit kepalsuan

Aku di pertengahan jalan
Mengharap suluh pedoman
Cahaya sinar kebenaran
Rahmat Tuhan Maha Rahman


Lokasi: Simpang Mengayau Kudat (top of Borneo)

Sunday, May 2, 2010

Tok Bali






Menjengah Tok Bali setelah hampir setahun aku tidak pulang ke kampung. Gambar ini diambil pada tahun lepas. Editing terlebih menggunakan radius barangkali. Tak apalah aku masih belajar....Yang penting gambar tu nampak hehhe...sila bagi tunjuk ajar...