Tuesday, July 26, 2011

NASIHAT DARI ISTERI



isteriku suka memperdengarkan bacaan al-qurannya padaku agar aku dapat perbetulkan kesalahan jika ada,walaupun aku bukanlah pandai hukum tajwidnya.tatkala aku ada di sisinya mahupun bila jauh darinya.jikalau aku berada jauh,telefon menjadi perantara untuk aku mendengar bacaanya..jika ada kesalahan,dia akan perbetulkan sehingga benar-benar betul..kadang-kadang membuatkan aku geli hati dengan telatah ratu hatiku ini..:)

kerap kali bila dibacakan al-quran,aku tersedar ada sahaja ayat yang seolah-olah mengajar dan menegur kami...samada secara kebetulan ataupun tidak...tidak terlampau jika aku menganggap itu adalah teguran dari langit.

pernah ianya berlaku bila kami berbincang soal sesuatu perkara.bila baca al-quran, ada saja ayat yang menyebut tentang apa yang kami bercerita..pernah satu ketika isteriku membaca ayat yang bermaksud: "isterimu adalah ladang bagi kamu...."

pernah juga dia membaca ayat yang bermaksud : "perempuan2 mempunyai hak sebanding dengan kewajipan mereka dengan cara yang baik,tetapi lelaki mempunyai darjat yang lebih tinggi daripada perempuan"

pernah juga satu ketika kami terbaca dalam majalah solusi ayat mengelakkan rumahtangga daripada berpecah belah.sekali lagi ayat itu dibacakan oleh isteriku ketika mengaji..

bila aku fikir,seolah-olah al-quran sedang mengajar kami cara mengemudi rumahtangga.biarpun ianya secara kebetulan,tapi itu adalah kehendak Allah.Dialah yang mengatur segala-galanya...

syukur juga walaupun aku tak pandai bahasa arab,sikit-sikit tu aku faham la juga ayat quran.sekurang-kurangnya dapat juga bertadabbur bila isteri aku membacanya..

Alhamdulillah di atas segalanya kerana Allah mengatur segalanya adalah yang terbaik bagi kami dan tidak perlu kami sesalkan ketetapan yang Allah telah tetapkan..

Monday, July 25, 2011

KRITIK



kritikan adalah perlu untuk memperbaiki tapi bukan dengan mengeji,mencaci,mengejek dan merendah-rendahkan sesuatu yang dikritik.setiap kita adalah pengkritik dan kita juga adalah subjek kritikan.sebelum mengkritik,adalah baik jika kita suluh dahulu diri kita sendiri.kadang-kadang kita tidak nampak bahkan tidak tahu bahwasanya kritikan kita itu padahal mengena diri kita sendiri.ibarat pepatah berbunyi, kuman seberang laut kita nampak, gajah depan mata tak nampak..itulah ibarat pengkritik.

mengkiritik juga ada adab-adabnya.bukan main hambur saja...apa yang kita rasa,kita pakai hantam saja asalkan puas hati..kritikan yang disertakan dendam,marah tidak akan mengubah subjek kritikan.kritikan sebegini akan menghancurkan subjek...sekiranya subjek itu adalah manusia, ia akan meremukkan hati dan menghilangkan rasa hormat atau cinta pada dirinya...hatta binatang sekalipun jika dikutuk,dari segi psikologinya akan terkesan.sepertimana kajian mendapati air juga terkesan dengan hamburan kata2 kotor yang turut mngubah molekulnya.sebaliknya molekul air menjadi cantik jika dibacakan ayat2 suci al-quran.inikan pula manusia yang punyai emosi,perasaan dan juga kehormatan!!

manusia yang tidak dapat menerima kritikan pula adalah manusia paling sombong di dunia.manusia sebegini merupakan makhluk yang angkuh..dia akan nampak segala kesalahan hanya pada orang lain.setiap kesalahan akan diletakkan di kepala orang lain terlebih dahulu.sikap ini akan menghancurkan dirinya sendiri...Allah juga tidak suka orang yang sombong,ujub,takabbur...Allah berfirman: "dan janganlah engkau berjalan di muka bumi ini dengan sombong.."

setiap kritikan hendaklah diterima sebagai positif untuk memperbaiki lagi diri.begitu juga pengkritik hendaklah berhemah dalam membuat kritikan.pendekatan hendaklah bijak,kerana kritikan bukan untuk bermusuh,sebaliknya untuk mengislah..
biarpun kritikan itu dalam nada yang lembut,tapi ianya amat melukakan jika ada unsur merendah-rendahkan,mengherdik,mengejek dan sebagainya.itu lebih berbahaya daripada kritikan dalam bentuk marah dengan suara tinggi.ianya lebih dalam lukanya...

tidak salah mengkritik,dan tidak kalah menerima kritikan...berhemahlah dalam membuat kenyataan,kritikan dan komentar kerana ia boleh mengganggu emosi seseorang.bimbang ia menerbitkan rasa benci dan dendam yang boleh menghilangkan rasa hormat terhadap kita..

sama-samalah kita belajar dari kesilapan kerana tidak ada manusia yang sempurna.dan setiap kita adalah penolong antara kita,bahu membahu dalam menjalankan usaha dakwah dalam menebarkan Addin yang sempurna ini.fikir dahulu sebelum berkata..jika ada yang tersilap, tegurkanlah dengan berhikmah...semoga teguran itu termasuk dalam perkara ibadah bukan perkara punah...wallahua'alam..

Thursday, July 21, 2011

ISTERI SOLEHAH



selepas menelefon isteriku di tempat kerja,aku bangun untk solat zohor,kerana terlepas solat jumaat akibat tidur waktu pulang kerja.tatkala selesai aku menunaikan solat zohor,tanganku tergerak mengambil buku yang dihadiahkan oleh isteriku supaya aku membacanya.tajuk buku yang mengerikan membuatkan isteriku tidak sanggup untuk membacanya.

sebaik saja membuka buku tersebut,terpampang tajuk "menuntut nafkah mengikut kemampuan suami."aku mula membacanya. aku sering terfikir,teguran Allah terhadapku datang dengan secara tidak disedari.tatkala timbul suatu perkara,ada saja benda yang Allah perlihatkan padaku samada melalui lisan sahabat atau artikel yang ditulis ataupun apa-apa saja yang menjadi asbab merungkai persoalan.aku kira ini juga bentuk teguran kerana gerak hati itu datangnya dari Allah.mungkin itulah yang Allah mahu tunjukkan padaku...

aku mulakan pembacaanku dan aku kongsikan sedikit supaya kita semua mendapat manfaat dari perkongsian ilmu ini...

"isteri yang solehah tidak akan menuntut sesuatu di luar kemampuan suaminya.dia merasa puas dengan apa yang diberikan suaminya"

- tuntutan yang membebankan akan menghancurkan keluarga, kerana suami akan melakukan perkara yang di luar garisan syariat untuk memenuhi hajat isteri.

- isteri diajar memiliki kekayaan jiwa,ikhlas menerima pemberian suami dan merasa cukup dengan apa yang ada....sabda rasulullah :
" bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta,tetapi kekayaan adalah kaya akan jiwa.-muttafaq alaih".

" barangsiapa yang pada pagi harinya merasa aman di rumah,sihat jasmaninya dan memiliki persediaan makanan cukup sehari,maka seakan-akan ia dikurniai dunia seisinya". - HR at tarmizi dan ibnu majah.

- mensyukuri pemberian nafkah suami. Allah mengajar dalam firmanNya yang bermaksud:
" sesungguhnya jika kamu bersyukur,pasti aku tambah (nikmat-Ku)kepadmu..dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),sesungguhnya azab-Ku amat pedih..ibrahim:7

-orang yg bersyukur Allah akan tambahkan samada berbentuk bertambahnya keberkatan atau rezeki,begitu juga sebaliknya jika tidak bersyukur..

- isteri solehah harus pandai bersyukur diatas rezeki dari Allah yang dianugerhakn melalui suaminya.

- cara mensyukuri ialah dengan berterima kasih kepada suami dengan hati lega setiap pemberian nafkah suami.

- berterima kasih kepada manusia adalah wujud syukur kepada Allah.
"barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia,beerti tidak bersyukur kepada Allah." HR Abu Daud, At Tarmizi dan Ahmad.

- cinta suami akan tambah mendalam kerana rasa dihargai jerih lelahnya
dengan sikap isterinya yang selalu berterima kasih dan menerima seadanya.

-jika isteri tidak mensyukuri, cinta akan menipis...keberkatan dan rezeki semakin sempit dan azab pedih sedang mengancam...

- amal kebajikan isteri akan musnah....sabda rasulullah:
" jika seorang isteri berkata kepada suaminya: Aku tak pernah menerima kebaikanmu sama sekali! maka lenyaplah amal kebaikkanya".

amat besar cabaran yang dilalui oleh para isteri..ini semua memerlukan kesabaran jiwa yang dikawal dengan iman dan akal yang sehat.namun jangan lupa, ganjaran bagi para isteri amat besar.

kita ketahui bahawa wanita memiliki nafsu yang sembilan dan akal yang satu.jikalau akal yang satu itu terdorong mengikut tuntutan nafsu maka hancurlah wanita tersebut.namun begitu,akal yang satu jika berdampingan dengan iman,nescaya akan selamatlah wanita tersebut.

selesai membaca buku, aku bersyukur kepada Allah kerana melimpahkan rezkinya kepada kami.aku bersyukur dianugerahkan seorang isteri yang sudah diciptakan untukku yang menjadi penguat bagiku..benarlah,sesungguhnya wanita solehah itu lebih baik dari dunia dan seisinya...semoga Allah menggolongkan kami dalam golongan hambaNya yang bersyukur..Allahumma amiiinn...

Tuesday, July 19, 2011

FASA BARU



aku masih dalam pengajian menjadikan pengalaman sebagai guru..kini aku melangkah satu darjah lagi dalam kelas kehidupan.iaitu alam rumah tangga...

sebelum ini aku dengar macam2 kisah dan asam garam berumah tangga, dan kini aku diberi kesempatan oleh Allah untuk mengecapi pahit manis alam rumah tangga...yang kini usianya baru mencecah sebulan lebih...

terlalu banyak perkara yang aku pelajari sepanjang menempuh hidup sebagai seorang suami.dalam mencipta rumah tangga seperti rasulullah,aku pelajari banyak perkara.biarpun tidak mampu mengikuti semuanya, namun kami cuba untuk mencontohi idola agung tersebut dalam mencipta rumahtangga syurgawi.sungguh indah dan lengkapnya agama islam itu mencakupi seluruh urusan kehidupan kita.

sebelum ini pernah juga aku terfikir, berkahwin akan menyebabkan segala aktiviti bujang aku terhad.kehidupan yang terikat..namun atas dorongan untuk menyempurnakan agamaku,menundukkan pandanganku,untuk menjadi umat Muhammad S.A.W, aku lenyapkan keseronokan bujang dalam fikiranku..kerana apa yang disyorkan Nabi ada hikmah yang besar..

baru ku sedar,betapa besar taklifan seorang isteri kepada suaminya.suami adalah KUNCI syurga bagi isteri..suami boleh jadi PINTU SYURGA dan juga PINTU NERAKA kepada isteri..betapa besarnya seorang suami disisi isteri sehingga nabi bersabda :"sekiranya Allah memerintahkan untuk bersujud kepada selain Dia,aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya...(au kama Qola)

seorang isteri tidak boleh bermasam muka kepada suaminya,meremehkan,mengutuk,mengungkit,menyakiti hati dan sebagainya ke atas suaminya....selagi suaminya tidak menyeru kepada perkara maksiat,wajib keatas isteri mentaatinya..sangat besar tanggungjawab tersebut..tapi betapa banyak orang lalai tentang hal tersebut...

bila aku fikirkan tanggungjawab isteri tersebut,membuatkan aku menanya diriku sendiri..bolehkah aku jadi penguat isteriku?bolehkah isteriku bertahan dengan sikapku ini?isteri juga punyai perasaan dan hati.aku mahu isteriku mewarisi syurga idaman..menjadi ketua bidadari di syurga..semoga hubungan ini kekal hingga ke syurga...semoga isteriku tabah dalam menempuhi bersamaku...aminnn...

Friday, July 8, 2011

MINUM MENTAKO...



baru baru ni sekumpulan pelajar kedapatan masalah disiplin...
beberapa orang pelajar didapati bersalah kerana meminum sejenis minuman alkohol dalam tin berjenama "angelia" kalau tak silap...

pelajar pelajar terbabit dipanggil mengadap guru disiplin.agak berat kes ini kerana pelajar tersebut beragama islam.biarpun belum baligh (belum ditaklif) tapi amat besar dan berat kesalahan yang dilakukan sebagai orang islam.

dalam keseriusan menangani masalah tersebut,ada juga tempat LAWAK yang menyebabkan aku terketawa.berikut adalah dialog aku dengan salah seorang pelajar:

aku : kau tau ka benda tu tak boleh diminum?
pelajar : tau...
aku : habis tu kenapa kau minum?
pelajar : si anu (dirahsiakan) kasi minum...tapi, aku nda minum (angelia) yang CURI.aku minum yang kena beli saja...
aku : hahahaha....yang CURI kau nda minum?tapi yang beli kau minum?? hahahaha
pelajar : ya...(tunduk blur2..)

kesimpulannya : arak haram kalau yang curi??halal kalau beli?? atau yang curi dosanya dua kali ganda?? yang beli ni kurang sikit dosanya...hhhhmmmm....teringat aku pasal judi halal jika ada lesen tapi haram kalau takda lesen....

satu lagi jawapan yang paling tak boleh diterima akal ialah..."KAWAN AKU BILANG MINUMAN ITU ADA COP HALAL..."

bila ditanya tentang DUA KALIMAH SYAHADAH, tidak tahu. aku main2kan pelajar tersebut...aku cakap QUL HUWALLOH...pelajar tersebut terus ikut...aduuuiii...!!kesian generasi alaf baru...

bila aku tanya pasal solat,semuanya tak solat.kalau ada pun 2,3 waktu saja yang dorang buat.akhirnya setiap pelajar aku suruh mengucap...selepas mengucap, tiup dalam air mineral lepas tu minum...ada yang takut2...kasi gertak sikit.insyaAllah lembut hati..

aku dapat tau kes ni berlaku dekat dengan masjid...pastu dikalangan mereka itu pula ada pelajar sekolah agama...(bayangkan kalau bukan yang ada asas agama)

bila bincang dengan ustaz,aku cadangkan denda mereka ialah solat sunat dan baca yasin.sayangnya sorang je yang pandai baca quran.yang lain iqra' pun belum lepas.untuk peringatan bagi mereka,aku tulis doa taubat kasi takut sikit.sorang jadi imam,yang lain ikut...harap2 lepas ni dorang jadi anak2 yang baik..aminn..

wah~wa~~wa~ kelakar pun ada,kesian pun ada,nak marah pun ada...itulah kisah budak yang belum baligh.walaupun belum baligh,sewajibnya anak itu dididik dengan ilmu agama yang kuat bagi ia menempuhi alam nyata akhir zaman...

cerita diatas bukan untuk mengatakan silap siapa,tapi menyatakan kejahilan jika tidak diubati akan terus membarah...rawatan bermula dari rumah.ibubapa tidak seharusnya menyerah anak2 secara total kepada pihak sekolah.jangan terlalu percaya pada cakap anak2 kerana ia akan merosakkan generasi pewaris anda.alim2 kucing habis juga ikan rebus.....!!!