Thursday, July 29, 2010

hidup


lembar-lembar kehidupan
kisah sebuah perjalanan
terbuku sebagai pedoman
melengkap diri menjadi insan

suka duka silih berteman
airmata dan tawa beriringan
patah kayu bertongkatkan tangan
segumpal semangat menjadi bekalan

selangkah masa ditinggalkan
pengajaran di waktu hadapan
jatuh bangun untuk renungan
sebagai tangga ke puncak tujuan

Monday, July 26, 2010

UJIAN


Allah tidak mentaklifkan ke atas hambaNya sesuatu yang tidak terdaya untuk hamba itu menanggungya...

Allah itu maha mengetahui segala sesuatu yang zahir atau yang tersembunyi.Allah maha mengetahui daya kudrat hambaNya.

setiap ujian yang hamba lalui adalah yang termampu baginya.Mengeluh adalah tabiat hamba.Sabar adalah sikap dituntut.Doa adalah senjata...Tawakkal adalah kekuatan.

Ujian adalah untuk meningkat tahap keimanan..makin tinggi iman hamba itu,makin tinggi ujiannya.Sebagai contoh,untuk mencapai kejayaan kita melalui pelbagai peperiksaan atau ujian.Bermula dengan UPSR,sehinggalah peperiksaan di tahap universiti.Ujian itu semakin tinggi mengikut tahap dan peringkat...

Kesenangan juga ujian..ujian yang sering kita lalai..berhati-hati dengan ujian kesenangan.Ramai yang tenggelam di puncak kesenangan.Contoh terdekat ialah Qarun dengan hartanya..

Tetapkan iman di dalam menghadapi ujian.Panah-panah syaitan sentiasa bersedia menikam hati-hati yang rapuh.Doalah senjata,sabar dan redha jadi perisai..para iblis akan berputih mata.

Setiap sesuatu itu ada hikmahnya yang tidak kita ketahui..semoga aku,kau dan semuanya sedar akan ujian yang sedang kita lalui..semoga Allah menetapkan iman kita dalam mengharungi ujian-ujian yang ada dan mendatang.

Apakah kita mengaku beriman sedangkan kita tidak pernah diuji..?

Sunday, July 25, 2010

ENTAH

Kala ini aku bingung
otakku kosong
jari-jemari
tidak pantas berlari
mengira abjad terhenti-henti
aku mahu menulis
sebuah perasaan "Entah"
yang mahu ku luah
namun entah
aku diterjah
persoalan "apakah"

Wednesday, July 21, 2010

Ekpedisi

Catatan pengembaraan dari KK ke Samporna.
Pengembara: Aku,Yo,Li,Jan,Kama

Bermula di IPGM Gaya.bermula dengan tiga buah motorsikal.Motor Jan bocor di Inanam.Siggah sekejap di Inanam tunggu Deris.Tambah sebuah motor jadi empat buah.

Bertolak...selepas dua jam,singgah di rumah Deris di Ranau untuk solat jamak zohor dan asar.kami teruskan lagi hingga sampai di Sandakan.sampai di sandakan waktu isya.

Lepak di Sandakan selama 3 hari. Bertolak ke Lahad Datu. Dari Sandakan ahli konvoi bertambah dua orang.Abang Syah dan Kamarul..Sampai di Lahad Datu singgah di Rumah Sharul.Lepak lagi di sana satu malam.Esoknya ke air terjun Madai.

Dari Madai terus ke Samporna. Singgah isi minyak di Kunak.Dari Kunak ke Samporna.Sampai di sana waktu magrib.Lepak di sana satu malam rumah Ust. Ibid kawan Jan.Esoknya ke Resort mandi laut,kemudian ke Bukit Tengkorak.

Perjalanan pulang dari Samporna pada petangnya. Sampai di Sandakan waktu malam.Tidur lagi di Sandakan satu malam.

Dari Sandakan bertolak pulang.Singgah lagi di Telupid jumpa kawan Li sekejap..terus ke Ranau.Tinggal di Ranau dalam tiga hari. Di Ranau pergi melawat Mesilou..

Esoknya balik ke KK. Tinggal di rumah Arif...Bila nak balik Membakut?huhu...syoknya ekspedisi penganggur...

Monday, July 19, 2010

Mesilou

Macam New Zealand


Idris

Faizal
Perancis?

Lokasi: Mesilou Kundasang
Desa Cattle Kundasang

Kalau mahu datang dinasihatkan pakai baju sejuk dan sediakan payung..Jangan lupa bawa kamera..syok oo..

Saturday, July 17, 2010

KEMBARA

Bukit Tengkorak,Semporna

Saporna,Sabah

Samporna

Thursday, July 15, 2010

Madai




Assalamualaikum geng...lama juga aku tak 'uplod' gambar..sekarang ni aku buat 'video' pulak..guna 'sony vegas 7.0'..jadi tak banyak gambar yang aku ketik masa bercuti ni..ni aku uplod gambar masa aku di air terjun Madai,Lahad Datu,Sabah. Gambar lain nanti aku update..Kualiti tetap macam biasa..sekadar kemampuan kamera henpon geng..

model: Shahrul Iswar (member aku)
Lokasi: air terjun Madai,Sabah.

Sunday, July 11, 2010

SEMPURNA

Kita bukanlah yang sempurna untuk mencari yang sempurna.setiap orang mempunyai kelemahan..kecil atau besar,nampak atau tidak..ketidaksempurnaan yang ternampak kita cuba elak.ketidaksempurnaan yang kecil kita boleh perbaiki.

mencari kesempurnaan dalam hidup adalah perlu.tetapi mencari yang terlalu sempurna itu mustahil.aku adalah tidak sempurna.aku hanya yang lemah..mencari yang sempurna bagiku adalah tidak layak..kerana kesempurnaan itu akan cacat jika aku miliki..

KEMBARA





Surat posting yang entah bila akan keluar..terpaksalah menganggur buat sementara waktu.peluang inilah digunakan untuk mengembara meneroka Sabah..Dari Kota Kinabalu ke Sandakan.Projek yang dirancang hanya dengan bersembang..berkenderaankan motor kami berkonvoi untuk jarak masa selama 6 jam..

perjalanan jauh dengan pemandangan hijau mengasyikkan..

Wednesday, July 7, 2010

LAST MENET

"Last Menet"..biasa la tu..Hero tak kalut..entah kenapa awal-awal tak boleh buat kerja.belajar "Tonggak Belas Belas" tonggak yang pertama menghargai masa.tapi sekadar belajar masuk kepala,pusing-pusing keluar asap.

surah "al-'Asr", baca..tutup majlis,baca..demi masa..manusia dalam kerugian..padahal nak mula majlis pun kena tunggu cukup korum..

aku cakap ni pasal aku sendiri..nak "stadi" awal-awal memang tak masuk kepala.banyak godaan..lepak sana,lepak sini..main sanai,main sini.las menet, malam nk "exam" baru terkeluar biji mata.mula la tekanan memicit otak.nasib baik yang baca semalam tu sebijik masuk "exam".selamaaatt...

esoknya nak temuduga SPP..abis "exam" biasa la ronda-ronda bandaraya.tiba-tiba dapat "sms" kena potostat segala sijil dan disahkan.sekali lagi kalut..malam lagi tu..nak cari siapa untuk sahkan sijil-sijil ni..nasib baik ada ustaz yang berdekatan yang boleh sahkan..selamaaatt lagi..

cek sijil..baru sedar sijil lahir tidak ada.pusing lagi..cool..cuba cool..rileks kejap..nasib baik jumpa..

pegi temuduga..kerani semak sijil..naaa...surat tawaran belajar di IPG yang asal pula tak ada..kena balik ke IPG dulu minta surat pengesahan dari IPG..nasib baik timbalan pengarah ada..selamat lagiii...

Alhamdulillah..akhirnya semuanya selesai...Last menet punya kerja..

Monday, July 5, 2010

DUIT


Duit..jika difikir tak pernah cukup..gaji beribu masih tak cukup..sejuta pun tak cukup..nafsu besar bila duit besar..berkat halal belakang kira..asal perut kenyang..

jangan jadi hamba duit.jangan jadi mangsa duit.duit hanya alat.poket berat tangan pun berat.sedekaah hanya satu sen karat.itu pun diungkit diingat.dihina pengemis jadi keparat.dasar kaya keparat!!!

kerana duit orang gila.orang gila duit..kata-kata berbunyi denting syiling.bernafas bau ringgit.uwang..uwang..berwang..beruang!!

mau ke tandas kena duit.mau mati pun duit.duit,duit,duit...makanlah duit.sumbatlah duit.telanlah duit.tak pernah cukup.selagi tanah tidak masuk mulut.

sana-sini orang bercakap pasal duit.kebesaran duit..jangan bertuhankan duit!!

Thursday, July 1, 2010

SABAH

one borneo di waktu malam...supermarket terbesar
salah satu pemandangan di Kota Kinabalu
puncak gunung kinabalu

"Apa kau rasa bila kau dapat tawaran kerja di Sabah?.Kau rasa mau datang ke tidak?"
Pertanyaan seorang kawan Sabah aku kepada kawan aku yang dari Pahang. Soalan begini adalah biasa ditanyakan kepada orang semenanjung. Aku juga pernah ditanya pada awal mula keberadaan aku di Sabah.

Mengapa?Apa fikiran orang Semenanjung terhadap Sabah?Apa orang Sabah fikir tentang orang semenanjung?Apa bezanya semenanjung dan Sabah?Apakah semenanjung dan Sabah dua entiti yang berbeza?

Apa aku fikir tentang Sabah?Pada awalnya pada legar pemikiran aku yang sempit membayangkan Sabah adalah negeri yang dipenuhi hutan,penduduk yang masih kekampungan,tiada kemudahan yang lengkap,pegangan agama yang berbeza dan macam-macam lagi.Bila aku dapat tawaran datang ke Sabah,aku dirundung dalam dilema.Samada menolak atau menyerah diri untuk kepayahan hidup di Sabah.Macam-macam usikan aku dengar dari rakan-rakan menambahkan kerisauan.Tambahan pula aku baru saja tamat belajar dan ingin bersama keluarga.

Atas dorongan kakak yang pernah berkhidmat di Sabah dan ayahku, aku terima tawaran ini.

Aku mula membuka mata serta minda..Jauh sekali andaian aku dengan apa yang aku lihat..apa yang aku lihat di Kuala Lumpur, aku juga dapat lihat di sini.Biarpun tiada KLCC tapi di Sabah ada apa yang di KL tidak ada.Perpaduan...kemesraan...kesantunan..bahasa yang indah..Apa yang dipaparkan oleh media yang menjadi kepercayaan aku bahawa penduduknya bercawat lebur di tanah bawah bayu ini...

Pernah aku dengar seorang pakcik dengan bangga berkata pasal 1 malaysia :"orang semenanjung tak payah datang sini untuk ajar perpaduan..kami sudah lama bersatu.." Iya,aku mengiyakan dengan benar-benar Iya.

Aku juga dengar cakap-cakap orang semenanjung mengatakan orang Sabah kolot,orangnya kurang beragama,fikiran tak berkembang...HUH..! timbul rasa kurang selesa di hati aku.Seolah-olah aku rasa aku orang Sabah dan aku mahu pertahankan negeri aku..

Kenapa aku tidak setuju?Cuba tengok lah di mana-mana pun di Malaysia ni,bukan saja di Sabah, sama saja.Dalam masaalah sosial lebih kurang je di mana-mana negeri pun..dari segi pengamalan agama aku rasa lebih kurang di semenanjung.Yang jahil, jahil juga..yang alim tetap alim tidak kira di negeri mana.Jangan terlalu prejudis..Jauh bezanya dengan semananjung.Di sini bukan muslim ramai,namun mereka hidup aman dan masing-masing menghormati sama lain.

Aku tak nafikan ada juga yang pengetahuan agama mereka cetek,tapi adakah di semenanjung itu semuanya berpengetahuan agama kelas ulama?bahkan ramai yang menentang ulama..di sini tidak hairan lah mungkin kerana pendedahan yang kurang ataupun suasana sosialnya yang jauh berlainan.Itu salah siapa?

Banyak aku mahu luahkan,namun tak perlu aku tulis semua..banyak bezanya suasana di sini.Aku cuma mahu bagitahu kepada orang semenanjung di luar sana..tak usahlah kita mendabik dada dengan mengatakan kita lebih maju dari Sabah sedangkan nilai kemanusian makin hilang di telan kemajuan..kita mengatakan minda kita terbuka, tapi jika anda ke sini anda sebenarnya baru membuka minda..sedarlah,jalan tar yang kita nikmati itu adalah hasil dari kekayaan negeri Sabah.Tapi di sini rakyatnya terpaksa memijak tanah lecak untuk ke sekolah.

kamu yang bertugas di Sabah bukan didatangkan untuk menghina Sabah..sebaliknya di bahu kamu itu ada tanggung jawab yang besar sedang digalas..jangan hina Sabah..!!

Namun aku sedar,masih ada rakan di semenanjung yang tanya aku..
"kau berkawan dengan orang dayak ke di sana tu?" sedangkan apa yang aku lihat yang bercawat itu makin rami di KL...