Friday, April 30, 2010

AKU DAN DUNIA





Aku di pentas dunia..
penuh warna lakaran cerita
cukup halus untuk dihalusi
agak sukar ditafsiri

nilaian mata
kadang terdusta
nilaian hati
harus berhati-hati

lidah mengait sulaman berbunga
pohon hati yang berduri
harum manis santapan telinga
hakikat pahit dikaburi..................

aku dan dunia
menulis babak sebuah perjalanan
selagi dakwat di kandung pena
sebelum nisan menjadi teman..........

Thursday, April 29, 2010

TANPA TAJUK

Sehari aku demam..Alhamdulillah hanya sehari...tu pun rasa hilang nikmat...tubuh terasa lemah,baru ingat mati bila teringatkan gelombang H1N1 kedua...apa yang aku mau cerita ialah pasal aku dan rokok...demam-demam pun masih merokok...boleh dikatakan aku ni perokok tegar lah.Dalam keadaan tekak sakit,selsema pun buleh lagi menghirup sebatang dua. Jangan cerita la mau berhenti kalau macamni.Aku pun hairan kalau ada yang dapat berhenti tu memang hebat lah.Walaupun niat untuk berhenti tu ada, namun berkali-kali aku ranapkan dalam tuntutan nafsu ketagihan..sebenarnya tabiat (aku pun tak tau,ketagihan atau tabiat)

pengajarannya: bagi yang tidak merokok,jangan cuba-cuba untuk mencuba....bukan murah tabiat ni..sampai aku terpaksa bertukar kepada jenama yang murah..hehe...

Gambar ini mengingatkan aku kepada novel karangan 'Fatimah Syarha' masa dia belajar di UIA. Walaupun aku tak minat baca novel,tapi karangan beliau ini habis aku baca...agak bagus isinya. Bertajuk "Mawar berduri di taman islami" sebelum di cetak terbit (sekarang aku tak tahu samada sudah terbit atau belum)

Cantik bunga di taman,namun ianya terpagar dengan pagar yang utuh,iaitu pagar islam. Bukan boleh disentuh atau dipetik sesuka hati. Ianya kepunyaan yang selayaknya, bukan yang lalu-lalang.....jikalau yang lalu-lalang memetik,nescaya dibuangnya merata...biarkan ia di taman...ia terjaga.......
pengajarannya: wahai wanita,jadilah kamu bunga-bunga di taman islami...

Wednesday, April 28, 2010

KEPIT

Berpeganglah kamu semua pada tali Allah...dan janganlah berpecah belah...

Sunday, April 25, 2010

BUNGA

Engkau tetap bunga walau di rimba. Warnamu terserlah kuntuman indah. Menjadi siulan kumbang jantan. Menjadi bualan diburu intipan.
Teruskan mekar walaupun sukar. Jangan layu ditiup bayu. Kuatlah tangkai jangan dirungkai. Sebarkan haruman di seluruh taman.

Saturday, April 24, 2010

REFLECTION

Biarpun berada di puncak,jangan lupa di tanah berpijak...

Friday, April 23, 2010

PEMILIHAN MTQ





Tadi ada pemilihan peserta ke MTQ bagi zon selatan. Pagi-pagi gi sekolah,tiba-tiba kena suruh iring pelajar ke Beufort. Apalagi...aku pegi lah...mana tahu kot-kot jodoh ada disana..heehehehe...

Thursday, April 22, 2010

"AAA....HAAAA..."




'A....'
'Ha...'
'A....'
'Ha...'
Bukan 'ha'...tapi 'aaa...'
'Haa..'
'Ayam...'
'Hayam...'
'Bukan 'hayam' tapi 'ayam...'
'Ayam...'
'ok...sebut 'Aaa...'
'Haa..'
'bukan 'haa' tapi 'aa...'
'..aa...'
'ha...macamtu lah...cuba sebut sekali lagi..'
'..aa...'
'bagus..ulang lagi..'

selesai kelas...aku terjumpa lagi murid tadi di luar kelas di waktu lain...

'ustat...bunyinya 'aa' kan?
'ya..bunyinya 'aa..'
'yeay...aku mau tasmi' lagi..'

seronoknya anak ini bila berjaya membunyikan satu huruf...


lokasi: kelas tahun satu dan dua
pelajar: Donny Lee dan Juharah Hidayah
gajet: handphone CSL
software: Light Room 2.5 dan CS3

Wednesday, April 21, 2010

IMAN

Iman seperti roda...seperti memakai baju..sekejap diatas,sekejap dibawah...sekejap lekat,sekejap tercabut..
Tercabut tatkala bermaksiat...melekat bila bertaubat..diatas tika sedar..di bawah tika pudar..
Itulah iman manusia..kerana sering lupa..

ZAIRI

Hanyalah Zairi...
model: Mohd Zairi Musa
Pekerjaan: Juruteknik sekolah (SKPM)
Lokasi: Makmal Komputer SKPM
Software: Adobe Photoshop CS3

Monday, April 19, 2010

TOK GURU


Dalam menyelongkar 'folder' gambar lama,aku terjumpa gambar Tok Guru yang aku 'snap' tahun lepas sewaktu cuti hujung tahun. Kebetulan pada masa tu beliau bertandang ke kenduri kahwin di kampung aku.

Aku suka gambar ni sebab inilah satu-satunya gambar Tok Guru yang aku 'snap' sendiri. Dalam gambar ini juga ayah aku bersama Tok Guru..Untuk dijadikan kenangan aku abadikan dalam blog ini supaya ianya tidak hilang jika 'laptop' aku kena 'virus..'

"Jika engkau mencintai Nik Aziz,Nik Aziz akan mati...Jika cinta Allah,Allah tak akan mati.."

DEDAUN





Haruskah biarkan daun terbang? Ditiup angin halus bukan ribut...kerana ranting juga rapuh...

Friday, April 16, 2010

LANGIT




lihatlah pada penciptaan langit dan bumi...

Thursday, April 15, 2010

BUDAK-BUDAK

Bercerita dengan kanak-kanak memang menyeronokkan. Walaupun kadang-kadang perangai mereka memeritkan..Pemikiran kanak-kanak yang unik cukup menghiburkan...Ada yang berunsur nasihat dan ada yang sekadar menghilangkan penat..Kisah aku dengan pelajar tahun satu..

kisah 1:
aku: kenapa buat kerja malas ni..nanti saya tak kasi 'A'
murid: aku tak mahu 'A'..aku mahu 'B'.kasi aku 'B'.
aku: hahaha...kenapa mahu 'B'? orang mahu 'A' kamu mahu 'B'.
murid: sebab nama kakakku 'BIBI'.
aku: hahahha....

kisah 2:
di waktu petang,di taman perumahan aku, selalu saja murid aku bermain-main.waktu tu aku sedang merokok..

murid: aa..ustat merokok...
aku: kamu tu inda pakai tudung,pakai seluar pindik..mana bulih perempuan begitu..nda baik
murid: ustat tak bulih merokok nanti sakit dada...
aku: adus..(dalam hati)

kisah 3:
aku: bila basar kamu mau jadi apa?
murid: mau jadi mekanik yang jadi ustat..
aku: mekanik yang jadi ustat?macamana tu..?
murid: ya la..kerja mekanik,bila masuk waktu semayang pergi semayang..
aku: sejuk ati (dalam ati)

seronoknya jadi budak...

Wednesday, April 14, 2010

SUKA-SUKA



Inilah muridku yang comel-comel...Pelapis generasi lama...Mana la tahu,salah seorang daripada mereka ni boleh jadi Perdana Menteri. Tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia Allah saja yang tahu..Hang Tuah semua tahu hehe..

Lokasi: Sk Pekan Membakut
Peristiwa: Taklimat penjagaan gigi
Mudel: Pelajar tahun satu dan dua.( Ridwan, Shahril, Sheswasdi, Ezhar, Razin)

Tuesday, April 13, 2010

SELESAI..

Hari ini adalah terakhir aku di"observe" oleh pensyarah...Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Akhirnya kerisauan aku berakhir...tidak ada lagi RPH sedepa...

Malam sebelum dipantau, aku kebingungan. Apa aktiviti yang perlu aku jalankan bagi mengatasi pelajar agar tidak riuh.Maklumlah, kelas terpilih...sehari sebelum itu, guru kelas tersebut cuba menolong aku dengan menganjalkan jadualnya tapi tidak "ngam". Begitu juga guru pembimbing memberi cadangan agar kelas aku ditukar ke kelas pelajar yang pandai supaya senang kelas dikawal.

Akhirnya aku bertawakkal..apa nak jadi,jadilah..aku kebingungan sebab pensyarah mahukan yang terbaik.Dalam kepala aku ialah hadiah supaya pelajar tidak bising..

Kerisauan aku membuatkan peluh menitik.Lutut aku rasa longgar..sampaikan cucuh rokok pun terbalik hahaaha..

Namun aku mendapat berita gembira...7 pelajar yang tahap pemulihan dibawa ke Beufort untuk diuji tahap mental.Pun begitu, masih ada 2 pelajar yang sememangnya aktif menghancurkan suasana kelas membuatkan berita itu tidak menjadi berapa gembira.

Dengan membawa sebungkus gula-gula aku masuk ke kelas bersama pensyarah. Kelihatan jumlah pelajar sedikit. Kelibat otai bising pun tiada...rupanya dua pelajar tersebut dipanggil untuk pemeriksaan gigi...

Akhirnya pengajaran berlansung dengan gembira...dan aku berpuas hati...Habis sebungkus gula-gula untuk memastikan kelas terkawal huhu...

Aku cukup-cukup berterima kasih kepada guru-guru yang banyak membantu dalam minggu praktikum ini..terutama ,Ust Azlan yang memberi tunjuk ajar,guru kelas tersebut iaitu kak Hasanah yang selalu bagi semangat, dan juga guru-guru lain yang banyak membantu aku..Arigato,Arigato..Arigato...!!!

Sejenak aku berfikir...itu adalah pertolongan Allah...Bukan aku yang bagus, tapi Allah jua yang Maha Hebat...benarlah kata kawan aku..dan ianya Sebenar-benarnya benar..

p/s: bukan aku tak suka kepada pelajar tersebut, tetapi hanya untuk minggu praktikum sahaja..muridku adalah anakku.

Sunday, April 11, 2010

JIWAKU

Peristiwa-peristiwa yang lalu membuatkan aku menjadi aku yang begini..Tidak ada kesungguhan dalam mencari sesuatu yang memberikan ketenangan dalam hidup. Kekecewaan yang dilalui membuatkan aku terasa tidak perlu bersungguh berusaha ke arah tersebut.

Dalam soal ini aku cepat berputus asa. Macam mahu berserah kepada takdir...Walaubagaimanapun,asakan kawan-kawan membuatkan aku tidak berserah begitu saja. Mungkin belum masanya lagi. Jika masanya,InsyaAllah dipermudahkan jalan.

Kadang-kadang aku rasa bahagia dengan hidupku yang begini. Aku dalam duniaku..sepertimana aku yang dahulunya sebelum dirundum kekecewaan. Aku lebih tenang..bergelak ketawa,melepak di kedai kopi,berjalan dan sebagainya. Tidak ada keterikatan dengan apa-apa dan tidak ada yang mengganggu perenggan cerita kisah hidup aku.

Sekarang aku boleh tersenyum dengan aman...pergolakan jiwa jauh ditinggalkan...air mukaku tidak lagi berubah...langitku sentiasa cerah...

Aku berserah padaMu ya Allah...sesungguhnya Engkau lebih tahu yang terbaik untukku...dan aku bukanlah insan yang mulia, sentiasa dikelilingi dosa...

Saturday, April 10, 2010

NATURE

Ni gambar tahun lepas masa aku naik bukit dekat rumah kawan aku. Melihat seluruh Bandaraya Kota Kinabalu dari bukit. Terasa kerdilnya manusia melihat Kebesaran Allah

KBS




Ajarlah anak-anakmu bersolat ketika umurnya 7 tahun..Alhamdulillah, selesai sudah satu Kem Bistari Solat. Semoga pengisian Kem ini menjadi amalan dalam diri sehingga luput dunia di pandangan mata anak-anak didik kami...

Solat itu perkara paling pertama disoal di akhirat kelak. Jika solat tidak selesai, tidak akan selesailah perkara lain...

Ya Allah, jadikan kami dan generasi kami orang-orang yang mendirikan solat..Amin..

Friday, April 9, 2010

FIKIR

Renunglah pada ciptaan Allah, di sana kamu akan temui KEBESARAN ALLAH...kamu akan kenal siapa diri kamu.

Jangalah kamu memikir pada bagaimanakah Allah, kamu akan musnah...kerana akal kamu terlalu pendek untuk memikir akanNya..

Allah tidak sama dengan makhluk...Apa yang terlintas di fikiran mu itu bukan Dia, cepat-cepat alihkan fikiran mu dan mintalah perlindungan dariNya daripada gangguan syaitan yang senantiasa mencampakkan keraguan...

Thursday, April 8, 2010

KAMERA?

waktu 'pjk'

ni tak bawa baju sukan macaman nak bersukan

'check' gigi

termenung di waktu 'pjk'

Evana Tasha

Bercerita di tangga

comel Evana

Sejak akhir-akhir ini ringan je tangan aku memetik butang kamera 'handphone'. Sampaikan ada satu pakcik tu tegur aku "dengan talipon jak ko ni..ishhh.."

Kepala aku nampak 'cantik' saja..tengok semut pun rasa mau 'klik'...untung juga kamera kecil,asal ada je benda menarik terus 'klik'. Tak lah terasa rugi...
Impian aku untuk memiliki SLR makin kuat...modal je tak cukup lagi..

Ingat pesan "Rizal Tahir (RT)":

"jangan jadikan kamera satu masalah.."

Dan pesan Ali Karimi..:
"Aku dulu dengan kamera henset 1.3mp je..sampai orang kutuk aku macam-macam..sekarang ni datang cari aku..."