Saturday, January 23, 2010

MASAALAH....

"Masalah mat,masalah..."
"itulah kau,sape suruh cari masalah...aku pun tak setuju cara kau ni..."

rupa-rupanya,lelaki dan perempuan sama saja.tidak pernah memberikan cinta sepatutnya kepada orang yang dicintai...aku,selaku pendengar setia a.k.a memberi nasihat,mendengar banyak masalah cinta luka huhu...

dulu pernah aku menerima satu masalah dari seorang kawan perempuan.dia minta nasihat atas pilihannya...tiba-tiba dalam masa beberapa bulan datang lagi menanyakan masalah sama tapi dengan lelaki lain lagi...aku ketawa...dalam masa setahun sahaja dia bermasalah dengan tiga lelaki...

bila aku tanya,rupa-rupanya semua itu hanyalah kawan.semasa bercinta,dia berhubung sebagai kawan.bila dia putus cinta,barulah dia bagi harapan kepada kawannya ini.bila ada masalah lagi dia bagi lagi harapan pada kawannya yang lain pula...aku ketawa...baru aku tahu beginilah caranya kalau mahu bercinta,kononnya membuat pilihan...aku bagi juga sedas dua ayat pedas haha...

kali ni kawan lelaki pula kena masalah yang sama.dalam bercinta dengan perempuan yang dia suka,dia juga bagi harapan untuk satu lagi perempuan yang juga dia suka...kononya untuk buat pilihan...aku tidak bersetuju dengannya.kalau pun mahu buat pilihan,janganlah bagi harapan!!setakat kawan-kawan saja...ini lagi teruk dari kawan perempuan aku tadi...sekarang timbul masalah...ini kerana dia jujur menceritakan kepada kedua-dua aweks dia yang dia ada hati pada kedua-duanya...

ini soal hati...macamana mahu buat...lepas satu,yang satu lagi terasa...lepas kedua-dua baru adil bilangnya kepada aku...biarlah mereka kecewa aku pun kecewa,kan adil gitu mat...!!

aku hanya boleh cakap...rileks la jo,masalah ini semua untuk kita menjadi orang tua...bila sudah tua nanti,boleh bagi nasihat pada orang muda-muda...haha...

Saturday, January 16, 2010

SABARKU...

Kadang-kadang keresahan melanda...kadang-kadang aku terasa sangat sempit...aku tenangkan diri,aku sabarkan jua hati...aku tenang...

Namun,ia datang kembali...mencekik kedamaian..aku cuba tenangkan lagi dengan kesabaran,memujuk keresahan...aku kembali tenang...

Aku bersyukur kerana aku masih waras...aku masih boleh bersabar...orang yang tidak faham akan kata aku gila...mabuk...aku senyum...kerana aku lebih tahu siapa aku...mengapa aku begini...

Kesabaranku,kadang-kadang menipis...ku tebalkan dengan kata-kata...aku kembali sabar...menipis lagi...aku pujuk lagi agar sabar...aku sabar...terus bersabar...dan aku masih sabar...Alhamdulillah..

begitulah kita dalam menghadapi kehidupan.Allah anugerahkan akal,hati,iman dan islam dalam menempuhi kehidupan.Setiap orang mempunyai masalah sendiri...masing-masing punya cara tersendiri...

Sebagai orang islam,dalam menghadapi masalah,tempat tuju,mengadu ialah Allah. Allah lah tempat mengadu masalah,kerana Dia lebih tahu mengenai hambanya...ujian yang diberi bukan kerana benciNya terhadap hambanya,sebaliknya adalah untuk mengangkat darjat seseorang itu lebih dekat denganNya. Janganlah sampai ujian itu menjadi punca murka Dia...

Kita sering lupa...tatkala senang kita lupa...bila ujian melanda barulah kita sedar...sedangkan kesenangan juga adalah ujian Allah. Masa itu kita lupa..kita gembira...bila terjatuh barulah kita cakap ini adalah ujian...perlukan kesabaran...sedangkan masa senang..kita tidak cakap ini adalah ujian...ujian kesenangan..

Ya Allah...tabahkan hatiku,hati sahabatku,hati setiap umat islam dalam menghadapi ujianMu...

Monday, January 11, 2010

DOA PUTUS CINTA

Anda mungkin sedang mencari-cari pasangan hidup tapi mungkin belum berjumpa dengan pasangan yang cocok. Pelbagai usaha telah anda lakukan,namun tidak berhasil. Dalam memilih pasangan hidup haruslah berhati-hati takut mendapat yang sedap di mata,tapi pahit di hati. Mencari jodoh janganlah mencari kesempurnaan, kerana setiap kita ini ada kelemahan masing-masing. Jangan mengharapkan sesuatu yang tinggi pada pasangan anda kerana anda akan kecewa apabila mengetahui ianya tidak seperti yang anda harapkan.

Dalam memilih jodoh,jangan sampai silap memilih. Lelaki atau perempuan berhak memilih pasangan hidup masing-masing kerana ianya akan membawa bahagia InsyaAllah.

Di dalam proses memilih, anda biasanya dilamun cinta. Cinta yang kadang-kadang membawa kepada kemusnahan diri. Cinta yang tidak didasari dengan iman,biasanya melampaui batas syariat. Sering kita dengar kes-kes rogol atau penzinaan kerana cinta atas dasar nafsu. Pun begitu, cinta yang kononnya atas dasar kerana Allah ada juga yang tersasar kerana iman itu naik dan turun.

Bila sebut cinta, adanya putus cinta. Cinta yang disemai tidak subur seperti diharapkan oleh kerana satu pihak bermasaalah. Masaalah yang menghancurkan harapan satu pihak yang lain setelah diberi harapan atau setelah memberi harapan yang tinggi terhadap cinta mereka. Ini kebanyakkannya membawa kepada sakit hati atau hancur perasaan yang akhirnya membawa kepada tindakan yang bodoh.

Anda mungkin pernah melihat orang yang putus cinta seakan-akan bukan berada di bumi nyata. Fikirannya merewang jauh mengingati kenangan-kenangan atau kata-kata yang pernah diungkapkan yang membawa kepada terbinanya harapan. Keadaan ini jika tidak di kawal dengan akal yang waras dan agama boleh menjadikan manusia itu hanyut,hancur,putus asa dan sebagainya sehingga melakukan dosa besar,membunuh diri...

Setelah dikecewakan, janganlah anda mengambil langkah yang tidak masuk akal dan tidak masuk agama. Kawallah dengan fikiran yang dianugerahkan.

Cara untuk melupakan ialah:

1-dengan mengingati perangai pasangan anda yang anda tidak suka atau perkara lain yang anda tidak suka padanya yang selama ini anda pendam kerana sedang mabuk tahi telinga.

2- memperbanyakkan amalan sunat dengan seikhlasnya,semoga dosa-dosa kecil terampun

3-banyak berzikir,istighfar tatkala teringat

4-menyibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah,terutama aktiviti melibatkan kawan-kawan agar tidak terasa sunyi

5- membuang benda-benda yang boleh mendatangkan ingatan anda kepadanya

6- berdoa. berdoalah agar Allah ketemukan dengan jodoh yang baik lebih baik daripadanya

diatas salah satu doa yang boleh diamalkan.

Semoga pembaca mendapat manfaat daripada perkongsian ini..

Saturday, January 9, 2010

Bangga..



Madrasati jamilatun,wakabiratun...
amaamal madrasati,sahatun wasi 'atun..sahatun wasi'atun...

"mmm..."anak kecil itu termenung sekejap mengulang-ulang lirik tadi secara perlahan sambil telunjuknya diletakkan di bibir...comel..

"wasatol madrasati hadiqatun jamilah..." aku menyambung sambil tersenyum,bangga..dan dia ketawa gembira bercampur malu..

waktu itu aku sedang makan di kedai kopi pak hamzah.Anak ini merupakan salah seorang murid yang belajar di sekolah aku..

Aku tersenyum melihat gelagat anak kecil itu menyanyi lagu dikir dalam bahasa arab.Lagu yang diajar sempena sambutan hari pengucapan akhir tahun.Aku mengambil rentak lagu "anak tupai" dan nyanyian diselenggara oleh ustazah-ustazah..

mungkin ini perasaan seorang guru apabila melihat kejayaan anak didiknya dan amatlah gembira apabila ilmu yang diajarkan itu diamalkan...




Friday, January 8, 2010

JESUS...??



aku masuk kelas pengajaran bersama ustazah bagi matapelajaran Pendidikan Islam.Ustazah mengajar tajuk beriman kepada malaikat yang perlu diketahui adalah sepuluh.

Malaikat ialah makhluk Allah yang tidak pernah menderhaka kepada Allah.

Ustazah bertanya, apakah perkataan seerti dengan menurut perintah...murid-murid diam...tiba-tiba terdengar suara halus di depan aku...

"Jesus..." jawab seorang murid perempuan tahun dua yang bertudung manis.

Aku terkesima...aku tanya murid tersebut apa yang dia cakap tadi...

dia menjawab perlahan malu-malu..
"jesus ialah Allah.." gulp..! aku cuba bertanya lagi bagi mencerap apa yang aku dengar...jawapan kedua ialah..
"Jesus itu tuhan..."

aku agak terkejut..."siapa bagitau kamu?" aku bertanya lagi sementara ustazah mengajar di depan..

"Boi yang cakap.."

aku menerangkan kepada dia..
"Jesus itu bukan Allah,Jesus itu orang bukan tuhan..."

dia tersengih-sengih malu..aku tahu budak ini masih tidak faham apa itu tuhan dan apa itu Jesus. pemikiran masih belum matang dan hanya mengikut apa yang orang cakap.aku harap apa yang aku cakap tadi dia ingat dan semat di dada..

semoga Allah menyelamatkan aqidah anak-anak ku dan anak-anak seluruh umat islam..amin

Thursday, January 7, 2010

LUAHAN


episod baru aku di sabah setelah 3 minngu bercuti di kelantan.peristiwa itu sangat memberi kesan dalam hatiku.

keresahan yang bersarang dalam hatiku bagaikan berlalu.kegembiraan yang terukir diwajah membuatkan aku tenang.dan aku tahu di balik senyuman itu tersembunyi sejuta kesedihan.manis senyuman tidak dapat menghilangkan kepahitan biarpun dicuba untuk melindunginya.

di matanya ada kejujuran.kejujuran yang terlindung oleh seribu rahsia yang dipendam.malu yang menjadi penghias diri terserlah pada tingkah lakunya yang serba salah.

ku tekadkan hati untuk mencabut kepahitan yang dimamah...namun, akhirnya dia pasrah untuk menelan segala kepahitan yang amat memeritkan itu.di saat itu aku rasakan tekad yang dibina hancur...dan aku tidak bersemangat untuk membinanya kembali...aku biarkan ianya menjadi tunggul sejarah dalam memori hidupku.bukan aku tidak mahu kuat,tapi itu adalah jalan pilihannya dan aku tidak ada daya menghalang.aku hanya mampu melihat sayu dan hanya mampu berdoa agar kepahitan yang ditelan itu adalah penawar kesakitan.

aku rasakan begitu singkat saat gembira itu.sesingkat kerdipan mata...aku pasrah dalam resah...namun memori yang bersarang memang susah untuk diluputkan.memori itu merupakan pengajaran untuk aku menempuh kehidupan di masa hadapan.dan aku tersenyum dalam kepahitan.nekad ku gantikan dengan niat...

di saat ku merawat keresahan semalam...aku terima penukaran pengakuan PASRAH kepada TIDAK MENGALAH...namun,hentaman semalam amat kuat...aku senyum namun pahit.dengan semangat yang nipis dan longlai aku cuba membina kembali tekad.semangat yang longlai,amat lemah..jika dibadai di saat itu,aku pasti rebah dan aku takkan gagahkan lagi untuk bangun.

sedikit-sedikit aku bangunkan semula semangat..aku cuba untuk kuat...dan aku mendapat sedikit kekuatan dalam kepenatan.aku amat lemah menghadapi fitrah ini.

fitrah ini aku takuti kerana ianya boleh menjadi fitnah.biarpun akalku ada sembilan tidak mampu untuk menghadapi nafsu yang satu.aku takut bila fitnah menguasai diri,aku hilang dalam pencarian..

aku tidak mampu untuk jadi kuat lagi...kala ini,jika bertiup angin,aku pasti terbang...kata-kata manis tidak lagi mampu mengikat layang-layang jiwaku ini kerana ianya amat rapuh...namun aku tahu bebanan yang ditanggung olehnya amat berat..

Allah jua tempat hamba menuju di kala kesempitan...waktu senang lupa..itu la manusia huhu..


Wednesday, January 6, 2010

wahabi khalafi

kepulangan aku ke kampung seolah-olah untuk melihat perpecahan yang berlaku akibat fahaman yang berbeza.
suasana yang damai itu rupanya bergolak.aku tahu,kerana sebelum kedatangan aku ke sabah isu ini baru je timbul.dan aku sering juga berbincang soal bidaah dan ianya dibolehkan dalam islam selagi tidak bertentangan dengan syariat dan jika mahu berpegang dengan pendapat yang tidak boleh,silakan...tapi jangan menyesatkan orang...

bagaimanapun soal ini tidak pernah selesai sejak berzaman lagi..ibarat kerbau mengisar gandum mengelilingi pengisar.usaha aku hanyalah untuk mereka faham dan menghormati pendapat orang lain.

aku mengaku memang aku tidak ada ilmu.hadis-hadis atau ayat quran tidak aku hafal.aku hanya menaqalkan kata-kata ustaz aku yang kuat menentang wahabi.

kepulangan aku kali ini melihat kesan daripada kedatangan fahaman wahabi di kampung.pelabagai cerita yang aku dengar sepeninggalan aku ke sabah.ada yang dituduh sesat dan dipulau oleh orang kampung,pertikaman lidah di masjid dan macam-macam lagi.

aku tidak setuju dengan penyesatan itu,tapi agak melucukan bila dipulaukan.aku bertanya adakah betul wahabi dipulaukan pada seorang ahli masjid.sebenarnya tidak dipulaukan,tetapi bila ada majlis memang la orang tidak ajak mereka sebab majlis itu telah pun dicop bidaah dan tidak boleh dilakukan.buat apa diajak jika diajak pun tidak akan datang.

walaupun berlainan fahaman aku masih duduk semeja kerana aku tahu bukanlah dianjur dalam islam untuk bermasam muka.dan sempat juga bertegang leher sambil bergilir rokok dengan golongan wahabi.selesai bermunaqasyah kami masing-masing senyum kerana bukan bergaduh sekadar memberi pendapat.

kepada golongan wahabi..janganlah menyesatkan orang..ulamak sudah menetapkan,sekiranya tidak ada larangan atau suruhan daripada nabi maka benda itu diharuskan.bukanlah suatu yang wajib dibuat..tu pun perkara furu' dan ada khilafnya..adapun pada perkara aqidah,sudah ijma' ulama tidak boleh beri'tiqad mengatakan tuhan itu sama dengan makhluk........


Saturday, January 2, 2010

balik kampung


cuti sekolah membawa aku pulang ke laman yang dirindukan.teman dan lapang permainan yang pernah aku mencorak pengalaman dijengah dan aku cukup gembira.rindu yang terbelenggu di penjara tanggungjawab dilepaskan sepuas-puasnya.hampir setahun aku di bumi bawah bayu tanpa sekerling mengintai dataran berkat tumpah darahku dek kerana kepapaan kantung duit dan kedengkian masa memaksa aku bersuluk di sini.
kegembiraan terhambur tatkala langkah menyentuh butiran pasir yang dulunya pernah aku berguling,wajah-wajah yang pernah aku tatap,pipi yang pernah aku cium, menghilangkan cereka yang aku cipta di bawah bayu..cereka lama terimbas,terbias...
pun begitu,aku tahu rindu akan kembali terbelenggu..pasrah menyerah diri..kerana tanggungjawab melambai aku kembali..