Tuesday, August 16, 2011

ENGKAU KAYA



"nak kaya kena kedekut..."itu ayat gurauan yang biasa kita dengar..
satu sindiran yang pedas untuk orang yang sangat sayang akan hartanya.
seolah2 harta itulah bekal mati di dalam kubur nanti..~HUFF~

semua orang nak kaya.nak kumpul harta banyak2...kononya untuk
anak2 nanti..hakikatnya nak penuhi nafsu sendiri.tuntutan nafsu
melebihi keperluan diri sampaikan kadang2 kehendak dipenuhi terlebih dahulu
sebelum keperluan...apa tidak,kereta mahu mewah..rumah mahu besar..baju mahu mahal..
kubur je tidak sebut mahu batu nisan marmar...

kantung kecil tapi nafsu besar...hidup tidak mahu kalah dengan kawan atau jiran.
asalkan nampak ada yang lebih,mesti kena lawan.akhirnya rumah hancur terbarai.

realiti hidup mahu senang, tapi tidak mahu bersusah untuk senang.tidak mahu
susah sedikit pun, tapi senang mahu banyak...hidupnya suka menerima tapi
tidak suka memberi.mahu dihargai tapi tidak pandai menghargai...bila tidak
pandai menghargai,mula lah memandang negatif perbuatan yang positif.benda yang
kecil suka diperbesar2 kan sehingga bermasam muka...~~huff~~

al-kisahnya di kedai kopi...pakai kereta mewah,baju tuck-in..minum di kedai kopi.
berceritalah mengenai harta yang dimilikinya..bercerita kehebatan keluarganya,adik beradiknya,ipar-duainya dari sekecil perkara sehingga sebesar-besar atau diperbesar-besar..semua diam mendengar..diam sebab malas melayan.perangai sebegini membuatkan orang sekeliling muakkk...mahu terjeluakkk...



air kopi belum tersentuh..masing2 menunggu siapa membayar..sebenarnya menunggu orang
kaya membayarkannya..tapi akhirnya orang miskin juga yang membayarnya.amat berat untuk menghabiskan RM1 untuk orang kaya yang kedekut,tidak pandai memahami,semua apa yang ada padanya adalah bagus..sedekah RM1 itu adalah sia-sia kerana tidak ikhlas...

tapi ada juga masa orang kaya bayar..bila semua buat2 diam.bila lama tidak juga ada yang membayarnya sehingga orang kaya boring..ataupun orang kaya itu ada kerja..maka dipanggilnya tuan kedai untuk bayar..

orang kaya: bos,kira ni..!
tuan kedai: semua ka?
orang kaya:mmm...ini saja (sambil mengeluarkan duit seringgit)

itulah realiti orang mahu kaya..hanya mahu menerima tidak mahu memberi..bahkan berkira dalam hal duit..bila orang tidak bayar mulalah negatif...akhirnya bermasam muka.

BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG ADA,ALLAH AKAN TAMBAHKAN LAGI NIKMATNYA..BERSEDEKAHLAH REZKI YANG ALLAH BERI,TIDAK AKAN MISKIN ORANG YANG BERSEDEKAH...BANYAKKAN MEMBERI,ANDA AKAN BANYAK MENERIMA...HARGAILAH ORANG LAIN KERANA ANDA AKAN DIHARGAI...JANGAN BANGGA DENGAN DIRI SENDIRI,KERANA ANDA SEDANG DIKEJI...JANGAN FIKIR DIRI SENDIRI,KERANA ANDA AKAN BERSENDIRI...

REFLEK DIRI