Thursday, June 30, 2011

SEPARUH SEMPURNA


Alhamdulillah...akhirnya aku diberi kesempatan untuk hidup berumah tangga seperti orang lain.satu kesempatan yang amat besar dalam hidupku...satu anugerah daripada Allah yang amat besar nilainya...akhirnya separuh agamaku telah sempurna...

pun begitu,terlalu banyak coretan yang menjadi cerita ingatan kepada kami berdua sepanjang tempoh kami berkenalan,bertunang dan berkahwin..satu pengalaman yang menjadi pedoman untuk kami layarkan bahtera ke pulau bahagia.

bahagia yang selalu aku sebut sebutkan itu kini kian menyinar dalam kehidupan kami.kerana bahagia itu berada di hati...tiada perasaan yang boleh meggambarkan kebahgiaan...bila aku terasa sangat bahgia,ungkapan "sayang" akan terkeluar singgah di telinga isteriku...

sayang...semoga rumahtangga yang kita bina berkekalan dalam kebahgiaan dan rahmat Allah..itulah yang suamimu harapkan...sama samalah kita menjadikan ianya kenyataan..
kerana sayang adalah penyejuk hati abi...

Wednesday, June 22, 2011

HARUMKANLAH


untuk mendapatkan sebuah taman yang indah amat sukar...
terlalu banyak duri perlu ditebas sepanjang perjalanan...
calar luka yang digores amat pedih...
luka yang dalam meninggalkan parut yang kekal...

bila mendapatkan taman nan indah itu...
bukan beerti disana tiada duri...
kadang kadang kita terluka dalam keindahan...
luka yang terpaksa didiamkan...

harumnya taman tidak sentiasa semerbak...
ada tikanya ia layu kemudian mengharum kembali...
usah menangis tika ia hilang...
kerana esok haruman itu datang lagi...

Tuesday, June 14, 2011

ADALAH CINTA??


agak senang bagi kita untuk jatuh cinta...agak susah untuk melupakan cinta...
kenapa?? kerana kita bersusah payah menjaga cinta...penat jerih menatang cinta membuatkan cinta itu bernilai...cinta itu memberi kesan yang dalam...umpama seorang kanak kanak yang bersusah payah mendapatkan sebiji gula gula,namun hilang bila di gengaman...amat mengecewakan...anak itu akan menangis...kehilangan yang amat pedih...

kita sering lupa...bila kita dicintai,kita merasakan diri kita begitu berharga...kita menganggap diri kita mahal...akhirnya kita menganggap cinta yang dipersembahkan kepada kita sebagai murahan...sedangkan ia sebiji permata yang bernilai...bila permata hancur,barulah kita sedar betapa mahalnya ia...kerana kita selalunya akan menghargai sesuatu bila ia sudah tiada di sisi...

cinta itu adalah memberi...tapi kita menganggap cinta itu adalah untuk menerima...kita sering mahukan sesuatu dari cinta...tapi kita tidak pernah memberikan sesuatu untuk cinta...pandangan cinta kita ialah kita sebagai "raja",atau "permaisuri" bila dicintai...setiap persembahan hendaklah sempurna di mata raja...layanan istimewa kelas pertama...tanpa memikirkan jiwa dan perasaan yang menyintai...akhirnya cinta itu pudar di hati pencinta...layanan cinta tidak lagi semesra dulu...cinta mula goyah dan roboh...di saat itu kita mula menyalahkan cinta...

aduhhh....cinta itu asyik...cinta itu perit...cinta itu indah...cinta itu gundah...semua ada pada cinta...!!!

cinta susah dibina...namun cepat untuk diroboh...cepat untuk jatuh cinta...tapi lama untuk melupakannya...binalah cinta diatas kesabaran,keimanan,ketaqwaan.....

rendahkanlah dirimu dalam bercinta...kerana ia membuahkan bahagia...jangan mengharap untuk menerima, tapi bersedialah untuk memberi...

cinta sebenar adalah cinta suami isteri.........