Friday, July 31, 2009

PM PERLU BERI PENJELASAN

Najib perlu beri penjelasan
SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu memberi penjelasan terperinci berhubung tindakan Wang Tak Co Ltd yang menjadi pemegang saham tunggal terbesar dalam Padiberas Nasional Bhd (Bernas).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin berkata, kerajaan telah gagal menjamin keselamatan makanan negara kerana membuka ruang kepada kapitalis asing. “‘Periuk nasi’ rakyat kini dikuasai oleh kapitalis dari Hong Kong. Jika di negara lain, isu sebesar ini sudah tentu ada menteri bertanggungjawab, malah meletak jawatan. “Oleh itu, Najib seharusnya beri penjelasan,” katanya.

Sementara itu Teras Pengupayaan Melayu (Teras) turut mendesak kerajaan bertindak memastikan pemilikan 30 peratus saham Bernas dikuasai syarikat luar segera dikembalikan semula kepada syarikat dalam negara. Pengerusinya, Azmi Abdul Hamid berkata, tindakan liberalisasi tanpa kawalan ini sangat berbahaya. ”Adakah pihak kerajaan tidak dirujuk untuk memastikan Bernas tidak membuat keputusan yang akan menjejaskan pemilikan syarikat yang sangat strategik ini? Bukankah itu syarat syarikat GLC,” katanya. http://www.sinarharian.com.my/com/content/story3002938.asp

Friday, July 24, 2009

tpaye depe tanggo

sudah menjadi kewajipan rumah melayu zaman dulu mempunyai sebuah tempayan di depan tangga. tempayan ini berfungsi untuk mengisi air untuk membasuh kaki sebelum naik ke rumah.

orang tua-tua amat marah jika naik ke rumah tanpa membasuh kaki terlebih dahulu. kenapa? kerana dahulu kerja kampung, masuk baruh bendang, jalan kaki tidak berselipar atau berkasut. segala kotoran melekat di kaki termasuklah tahi ayam moner. untuk mengelakkan gelegar rumah daripada dikotori najis, orang tua menyediakan air di hadapan rumah, biasanya depan tangga. tempayan merupakan bekas yang sesuai pada masa itu untuk mengisi air. sebab itulah tempayan diletakkan di depan tangga.

oleh kerana menjadi adat membasuh kaki sebelum naik rumah, biarpun tidak kotor orang tua tetap membasuh kakinya sebelum memijak tangga. ceduk yang dibuat daripada tempurung dicelup ke dalam tempayan, disiramnya ke kaki, ditenyeh-tenyehnya lagi kaki kanan ke kaki kiri kemudian kiri ke kaki kanan padahal kakinya tidak kotor pun sebab berselipar. ini menunjukkan kebersihan amat dititik berat dalam masyarakat melayu.

masa kecik dulu, aku tidak suka berselipar. kalau balik dari berjalan mesti cabut duri semalu yang tercucuk di tapak kaki. bila balik dari bermain, aku selalu tidak membasuh kaki terlebih dahulu. pakai main redah je naik atas rumah. kadang-kadang tengah ralit ada bau tahi ayam. cek tapak kaki memang tahi ayam. tapi dah rata berjalan atas rumah.

kalau naik ke rumah tak basuh kaki, jangan biar terserempak dengan orang tua. kalau dia tahu naik rumah tak basuh kaki, mula la dia membeliakkan mata. sebelum apa-apa baik terjun cepat-cepat ke tanah. kalu tidak pelepah kelapa pun singgah atas belakang.
tempayan kini tinggal nama. fungsinya sudah beralih daripada bekas isi air kepada bahan pameran di muzium. ataupun sebagai tempat pembiakan nyamuk aedes. aku teringat lagu tuan kob mengisahkan cerita baldi dengan timba. baldi dengan timba merupakan metafora kepada orang yang banyak berjasa tetapi tidak sedikit pun dihargai. jadi, aku rasa kisah tempayan depan tangga pun lebih kurang dengan baldi dengan timba...

p/s: sekarang paip depan tangga. tapi buat apa lagi paip, sebab kebanyakan orang sekarang naik ke rumah tanpa basuh kaki pun.

Saturday, July 18, 2009

EPISOD KEKALAHAN

naga bogho sering melakar kekalahan dalam pertandingan. pertandingan di USM juga merupakan salah satu episod kekalahan naga bogho. wlaubagaimanapun ianya adalah kekalahan bermaruah. prestasi pendikir naga bogho agak baik berbanding dalam pertandingan sebelumnya.

muka baru diangkat menjadi tukang karut. Nuar Manja menjalankan tugas tukang karut dengan baik sekali. itulah pertama kali aku melihat pertandingan dikir barat peringkat U. biarpun sambutan penonton untuk program ini kurang memberansangkan kerana diadakan dalam cuti tidak melemahkan semangat naga bogho untuk beraksi. kelincahan Nuar Manja di pentas memang menarik biarpun dia merupakan muka baru dalam naga bogho. tidak kurang juga air suara Kori sebagai jogho yang berpengalaman.

mat imi semut gata aka bidang tidak mengikuti pertandingan ini kerana ada masalah peribadi. ketiadaan tukang karut menyebabkan Nuar diangkat sebagai tukang karut. aku ingat nuar ni akan menjadi tukang karut UIA yang baru..rupa-rupanya bakat yang dia ada lebih cenderong kepada tukang gendang.

Friday, July 17, 2009

TERSINGKIR TIDAK TERSUNGKUR

hari berganti hari. keahlian naga bogho makin meningkat dengan kehadiran pelajar baru dari PJ dan komitmen dari ahli-ahli senior. akhirnya sampailah masa untuk pertandingan dikir barat antara universiti. pada tahun itu, pertandingan diadakan di USM Pulau Pinang. berita penyertaan naga bogho dalam pertandingan itu telah menarik minat ramai pelajar senior mahupun junior. baru aku tahu rupanya mereka ini ada angin masuk pertandingan bukan angin berdikir. itulah yang dirungut oleh ahli senior. bila ada pertandingan mulalah ramai...tapi sekiranya tidak ada pertandingan keahlian turut surut.

maka bermulalah latihan gigih naga bogho di bilik kesenian (OR). bermula dengan belajar menepuk, memasuk lagu sehingga mereka tari yang tidak pernah aku buat sebelum ini. waktu itu aku menepuk pun masuk teragak-agak lagi, ditambah pula dengan bunga tari yang meliuk membuatkan aku "kenalin" bimbang melakukan kesilapan. bagi pendikir universiti, pertandingan inilah peristiwa paling besar. jika kesilapan berlaku di atas pentas ibarat tercalar maruah. sebelum ini maruah naga bogho pernah dipalit lumpur dengan kesilapan tukang karut lupa lirik, menyebabkan lirik spontan yang lari dari tajuk terlepas dari mulut. kesilapan itu menyebabkan tukang karut itu digelar sebagai "mat imi semut gata" (dalam lagu karut ada disebut : "keno ketik ko semut gata") walaubagaimanapun itulah keprofesional seorang tukang karut yang tidak pernah mati idea..p/s: maah mi heheh..

latihan kami dalam OR dipindahkan ke stadium bagi melasakkan lagi suara di tempat terbuka. aku masih ingat dua tukang karut dari luar dijemput khas untuk menilai awak-awak, tukang karut dan jogho. Jen Kera Duku dan Li Dewa Muda menjadi mentor kami.

pada waktu pemilihan pertama beberapa orang dikeluarkan kerana kaku meliuk bunga tari. namun begitu pada sesi kedua dimasukkan balik dan aku dimasukkan ke dalam senarai terkeluar...pada masa itu sungguh aku rasa kecewa namun rasa terlepas dari ketakutan melakukan kesilapan di pentas pertandingan...aku kecewa sebab tiap kali latihan aku mesti hadir, dan aku sanggup mengorbankan program lain untuk latihan. cuma ada juga aku tidak hadir sebab tak dapat dielakkan. kesilapan aku pada masa pemilihan ialah tersalah arah melakukan tari..
walaubagaimanapun, masih terpilih ke USM sebagai pembantu artis...
sampailah hari pertandingan........


Thursday, July 16, 2009

NAGA BOGHO




setelah betungkus lumus menghabiskan pengajian di UIA PJ, akhirnya aku berjaya menjejak kaki ke taman ilmu dan budi kampus Gombak. gembira bukan kepalang kerana di sinilah baru aku duuktiraf sebagai mahasiswa. sebelum ini rupanya aku hanyalah pelajar matrikulasi tak lebih dari pelajar tingkatan enam.




pengjian di Gombak lebih mencabar...menjadi mahasiswa juga adalah mencabar. ekpedisi aku mencari pendikir UIA diteruskan. pertama kali aku ke tempat latihan dikir barat memang janggal. dengan berbekalkan ilmu perdikiran yang cetek berdasarkan pengalaman persembahan di PJ itulah aku gagahkan kaki.




aku rasa sedikit keciwa bila melihat bilangan ahli pada masa itu amatlah sedikit. yang ada hanyalah senior-senior yang dihujung-hujung pengajian. anggapan aku selama ini,dunia dikir di Gombak lebih seronok tersasar...aku rasa pada waktu itu,aku lah paling bongsu..




selesai trening, aku dibawa ke "kubor" (gelaran tempat makan sebab berdekatan kubur). di sana aku diceramahkan oleh presiden. masa tu presiden dikir barat yang bernama NAGA BOGHO ialah kori. dia juga adalah "tok jogho" NAGA BOGHO. kami berbual-bual mengenai keahlian dikir,masalah politik dan kumpulan dikir dan sebagainya.




NAGA BOGHO pernah dicap sebagai proksi BN kerana pada masa dulu persatuan anak Kelantan BN adalah kumpulan dikir barat. mungkin kerana sikap pendikir naga bogho yang tidak kisah soal politik menyebabkan ianya dicop begitu. tambahan pula keterlibatan kumpulan dikir dalam beberapa aktiviti politik bn. aku tak kisah soal itu,yang penting aku dapat berdikir. kalu tidak, buatlah satu lagi kumpulan dikir yang tidak cenderung kepada mana-mana parti. lagipun keahlian kami bukannya berfahaman politik yang sama. kami bersatu di atas nama dikir barat.




dari sinilah aku belajar berdikir. biarpun pada masa itu hanyalah untuk suka-suka mengisi malam hujung minggu. dari kolej aku berjalan kaki ke tempat latihan. dalam minda sudah disetkan setiap malam hujung minggu ada latihan. kadang-kadang aku sampai ke tempat latihan tiada orang...aku dapat letihan saja..




namun tidak mengapa,kerana semangat kenegerian aku yang tinggi aku tabahkan jua. untuk menghilangkan rasa kekok aku dalam kalangan senior,aku mengajak kawan-kawan turut serta. dan beliau ialah Zaki. setelah glemor bertukar nama jadi Pakdo hehe...


Tuesday, July 14, 2009

MANIK TERURAI...

setelah kekalahan dalam dua pilihanraya kecil, diteruskan lagi kekalahan di Manek Urai..BN terus menerus melakar kekalahan dalam pilihanraya kecil. apakah ini menunjukkan penolakan rakyat yang jemu dengan politik BN dan UMNO yang selalu menghidangkan projek-projek mee segera tatkala adanya pilihanraya atau memang rakyat sudah bosan dengan BN dan UMNO yang sering kali menyusahkan rakyat dengan akta-akta yang baru atau sikap kerajaan yang menekan rakyat...?

ketika mana diumumkan akan diadakan pilihanraya kecil di Manek Urai, media mula menunjukkan muka-muka pemimpin berucap dalam sidang media. aku tertarik dengan kata-kata salah seorang pemimpin BN yang mengatakan "Manek Urai adalah penentu penerimaan rakyat terhadap BN". adakah ini kerana di Manek Urai, penduduknya bermajoriti melayu? ini kerana pilihanraya sebelum ini menunjukkan pengundi bukan melayu nyata menolak BN. jadi, UMNO beranggapan jika di kawasan majoriti melayu, orang melayu masih sayangkan parti pusaka ini akan menghulurkan undi simpati supaya pusaka ini dapat diwariskan kepada anak cucu kerana pusaka ini kian nazak dan hampir hilang ke'gah'annya. ataupun BN/UMNO yakin menang memandangkan ini bukannya kawasan kubu kuat PAS, dan BN pernah melakar kemenagan yang besar. dengan menggunakan senjata utama, media propaganda yang berpelurukan pergolakan dalam PAS, kemiskinan dan jambatan baru, mereka fikir dapat menikam hati-hati pengundi Manek Urai.

sayang seribu kali sayang...kekalahan sudah menjadi takdir buat BN/UMNO. biarpun kekalahan tipis, tetap juga dikira kekalahan. BN mungkin boleh berbangga dengan undi yang meningkat, ini kerana ada peluru yang berjaya merobek hati pengundi Manek Urai. memadailah dengan usaha gigih mereka. hakikatnya tetap terpaksa ditelan. bagi PAS, ini harus dikaji kenapa ramai penyokongnya dahulu berpaling tadah...kemenangan ini bukanlah petanda yang baik bagi PAS dan mimpi buruk yang manis bagi BN.

bercakap mengenai penerimaan rakyat terhadap BN dan UMNO terutamanya, tidak boleh diukur dengan satu pilihanraya kecil ini. majoriti rakyat masih menolak BN. majoriti rakyat sudah mual dengan politik BN. rupanya rakyat di Manek Urai masih ramai yang cerdik dan tahu akan teknik jual ubat BN. rupa-rupanya rakyat sudah lama menunggu janji peraih ubat,kononya akan menunjukkan rupa hodoh akan bertukar cantik jika pakai ubatnya..ditunggu-tunggu sampai maghrib tidak juga ditunjukkan, akhirnya penduduk balik dengan hampa dan marah. cuma ada segelintir yang termakan 'kecek' membeli ubat tersebut sebab mudah terpedaya dan tidak serik terkena dengan penjual ubat penipu ataupun memang dia suka membeli ubat.

beruntunglah penduduk yang masih mempercayai dan yakin dengan kuasa Allah dan murunglah penduduk yang mempercayai kuasa ubat. sudahlah ubatnya tidak menjadi ditipunya lagi penjual ubat itu. rupanya air kosong yang dicedok dari telaga dijualnya sampai berpuluh-puluh ringgit. disangkanya penjual ubat ikhlas membantu, sebaliknya di"kekah"nya lagi penduduk yang miskin ini...

jambatan di Manek Urai akan tersimpan dalam lipatan akhbar, dan akan dibuka semula untuk pilihanraya akan datang.........

Monday, July 13, 2009

MEWARISI GENDANG




oleh kerana tiada orang yang mahu berdikir,maka gendang diserahkan kepada aku. gendang ini tertulis SRI DELIMA kalu aku tak silap. tapi sayang kerana gendang ini diwariskan kepada orang yang tidak tahu bergendang. aku simpan di bawah katil di kolej UKC. sekali sekali aku ketuk juga.asalkan ada bunyi kira bergendang la.






aku ada seorang kawan dari Kedah yang pernah mewakili sekolah dalam berdikir. dengan bantuan dia aku belajar tepuk gendang. dengan harapan bila ke Gombak aku dapat jadi pemain gendang hehehe...






irama pertama semestinya mambu. agak susah juga untuk dapat bunyi mambu..akhirnya dapat juga la aku belajar asas gendang. pada telinga aku sedap la bunyinya tapi pada telinga orang pandai memang lansung tak kena dengan irama mambu






yang terbaliknya aku belajar gendang dengan orang Kedah...






Saturday, July 11, 2009

MINAT DIKIR

aku bukan dilahirkan dalam kalangan orang seni atau berada dalam masyarakat seni. di kampung aku tiada pun kesenian yang di war-warkan sebagai seni Kelantan. masa kecil dulu ada la bangsal "boxing" atau silat. dikir barat,makyong,wayang kulit atau lain-lain tiada.

ketika bersekolah menengah, mat jen (juara tukang karut RTM tahun 2007) tu masuk UIA. bila dia balik kampung dia cerita tentang kehidupan dia sebagai tukang dikir di UIA. itu menimbulkan minat aku terhadap dikir barat.

bila habis sekolah menengah, aku ditawarkan ke UIA..kehidupan di UIA PJ aku tidak terlibat dengan dikir barat. kumpulan dikir yang sebelum ini telah terkubur dengan pemindahan ahli ke UIA Gombak dan ahli dibuang dari U.

sehinggalah satu hari seoarang pensyarah meminta kawan aku untuk persembahan dikir barat dalam dua bahasa,bahasa arab dan inggeris.aku segera menawarkan diri sebagai awak-awak.segala alatan pada masa itu dipinjamkan dari UIA Gombak kerana di sana ada kumpulan dikir senior yang berpindah dari UIA PJ.

persembahan pada malam itu sungguh menggembirakan. lagu yang dibawa dalam dua bahasa asing menarik minat pensyarah luar negara. masa tu aku tengok pensyarah aku dari Palestin bangun bertepuk tangan bersorak.

bila selesai persembahan, kami keluar dari dewan. di luar dewan kami berjumpa dengan seorang pegawai UIA PJ. dia meminta untuk ditubuhkan kelab dikir barat.segala perbelanjaan alat akan diuruskan oleh pejabat bahagian kesenian.ketika itu juga datang seorang penonton perempuan meluru ke arah kami.."im excited!" luah penonton tersebut.maka berkobar-kobarlah semangat untuk menubuhkan kelab dikir barat.

bagaimanapun,ketiadaan orang yang sanggup untuk menjadi ketua menyebabkan impian kami itu berkubur..dan komitmen ahli dalam latihan menyebabkan ianya menjadi angin.

pun begitu, semangat aku untuk terus berdikir disimpan ke lubuk hati. bila aku ke UIA Gombak aku ingin bergiat dalam seni dikir barat.itulah yang aku impikan bila sampai ke Gombak...
AKU TAKDE MASA NAK POSTING DLM NI...SIBUK DALAM WORDPRESS..SBNARNYA INI ADALH BLOG PERCUBAAN AKU..HUHU