Sunday, November 29, 2009

KEDAMAIAN

mencari kedamaian





tatkala sampai di puncak aku bagaikan mahu berteriak.takjub dengan ciptaanNya..hanya "subhanallah" terkeluar dari mulutku.begitu indah suasana berkabus di puncak bukit.kelihatan curam dan belukar melakari pemandangan bukit ini.

jarak pengelihatan yang dekat kerana ditutupi kabus yang tebal.kami sungguh teruja berteriak di sini!!di sini!! untuk mendapatkan pemandangan yang cantik untuk diabadikan dalam gambar.




kedamaian di puncak menghilangkan sejenak penat jiwa yang selama ini berkecamuk memaksa sehingga terdampar kepenatan.bagaikan diberi nafas baru bila berada di puncak bukit berkabus.angin yang segan-segan menambahkan lagi keasyikan kami.bagai mahu dihirup seluruh udara yang memenuhi ruang untuk disimpan kekal di jiwaku.biarkan sentiasa damai sedamai panorama yang sedang aku nikmati.


sebenarnya terdapat beberapa tempat yang agak menarik untuk digambar,tetapi kehadiran anjing belaan menyalak kami apabila berhenti untuk bergambar menyebabkan kami lupakan saja tempat itu.

aku kagum,hairan..di puncak bukit tinggi jauh dari manusia,masih juga ada manusia tinggal di atas sana.terdapat beberapa rumah yang dihuni orang.adanya sekolah dan kampung..begitulah Allah menebarkan manusia memenuhi setiap ceruk di bumiNya.

Thursday, November 26, 2009

AIDUL ADHA








cuba tengok beg makcik tu...hehe..

teringat gambar acheh




aku dan ustaz yusof..


Aidiladha walaupun tidak disambut dengan meriah,sekurang-kurangnya aku terubat dengan melihat ratusan orang berkumpul di masjid negeri Likas,Sabah..sungguh indah gubahan landskap dan lokasi masjid ini.ditambah pula dengan kedatangan jemaah yang begitu ramai.tikamana jemaah pulang bagaikan jemaah haji sedang bertawaf berduyun-duyun mengelilingi kolam di tepi masjid.

ragam manusia yang pelbagai disimpan dalam baju melayu,datang dengan niat yang baik untuk menunaikan solat sunat aiduladha.aku turut menyimpan rahsia kehidupan sebenar aku dalam poket baju melayu.

walau sehebat manapun kenakalan kita masih lagi mengenali karpet masjid.masih lagi mencium lantai masjid.oleh itu janganlah memandang manusia yang jahat itu dengan sehina pandangan,kerana kita tidak tahu penghujung hayatnya dia menjadi ahli syurga..jangan lupa sebaik manusia,belum pasti penhujung hayatnya tersenarai dalam tetamu syurga.pernah tercatit dalam sejarah seorang wali berakhir hayatnya dengan su'ul khatimah hanya kerana seorang wanita dan seorang pelacur termasuk dalam golongan ahli syurga kerana seekor anjing.

Ya Allah kau akhirilah hayat kami dengan kesudahan yang baik (husnul khaatimah) dan janganlah engkau tamatkan riwayat kami dengan penamat yang buruk (su ul khatimah)
tetapkanlah hati-hati kami diatas agamamu ya Allah..amin

AiDul AdhA

kesekian kalinya aku terpaksa beraya di sabah.raya aidilfitri dan kini aiduladha.biarpun aidilfitri pada tahun ini aku beraya di sabah,tapi ianya menyeronokkan kerana suasananya yang agak meriah.

namun, pada aiduladha ini aku rasakan kesunyian.tanpa ada suasana esok hari raya..lepak bersama kawan di alam mesra dan melepak di rumah sewa tanpa ada sedikit pun suasana raya.mungkin kerana di sini penduduknya tidak ramai islam.lain di membakut..

kalau di Kelantan tanahairku tercinta,suasananya agak terasa.sebelum raya pun terasa macam akan menyambut hari raya.walaupun bagi aku tidaklah semeriah aidilfitri.

aku terpaksa korbankan dua hari raya pada tahun ini untuk bersama keluarga..kerana terpaksa berpenat di maktab.cuti yang hanya 3 hari tidak memadai untuk balik.tahun depan insyaAllah aku akan bersama kembali...

Wednesday, November 25, 2009

daun


lokasi: masjid asy-syakirin,IPGM Gaya
model:pokok bunga

pada mulanya aku mau buat gambar abstrak.aku snap la guna hp aku.bila masuk laptop aku rasa macam pernah nampak gambar sebegini yang diambil menggunakan slr.hp aku dah jadi slr ke?haha

belajar khat


belajar khat.
model:ustazah jamilah
tempat:kelas c41

kelas ini kami kena tulis lima jenis khat.bukan senang kena buat ukir-ukir bunga khat ni.kami kena tulis khat nasakh,khat diwani,khat thuluth,khat raq'ah, dan khat kufi..

Tuesday, November 24, 2009

HANYALAH PENSEL

HANYALAH PENSEL




bermula dengan pensel aku mengenali "a",aku kenal "alif"..bermula dengan pensel aku di menara gading,bermula dengan pensel aku berdiri sebagai aku tatkala kini.

lakaran kejayaan bermula dengan sebatang pensil yang hanya berharga 20 sen sebatang.dengan pensil juga aku mencanting bakat.ilmu bagaikan mengalir di hujung mata sebatang pensil,mencorak kejayaan seorang perdana menteri,doktor,ulama serta cikgu yang bangga berdiri hanya kerana sebatang pensil...

apa aku mengarut nih..haha...sebenarnya tajuk gambar aku hari ini ialah pensil.aku snap masa dalam kelas.

di kesempatan ini aku mengucapkan selamat menjawab peperiksaan kepada sahabat-sahabat yang masih belajar di menara gading dengan doa semoga mendapat kejayaan yang cemerlang.ingatlah,ilmu itu milik Allah,mintalah padaNya keberkatan dan pertolongan.

sanggupa: jika pokok-pokok dijadikan pen dan laut dijadikan tinta,tidak habis ilmu Allah untuk ditulis..


Monday, November 23, 2009

Pasar Filipin..Kota Kinabalu

di maktab.model adalah zulqarnain..
di pinggiran laut di pasar philipin (nama sempena rakyat fillipina yang begitu ramai di sini.kebanyakan peniaga adalah rakyat filipina)pada waktu ni dekat-dekat maghrib.model adalah tak dikenali.

pasar philipin Kota Kinabalu..kedudukannya adala tepi laut di pingiran bandaraya.makanan sini murah-murah.terutamanya sigup (rokok) murah tapi tak berkualiti.rasa macam tak hisap apa benda pun.tapi aku suka beli marlboro sepuluh di sini.rasanya ok sikit.baru rm 2 sekotak.
kalau datang sabah jangan lupa datang sini...

Silhoute...
entah betul ke tidak aku eja tu.tapi aku ingat sebutan dia ialah siluwet.dua keping gambar di atas adalah teknik silhoute pada mata aku kira jadi lah biarpun tak menjadi.sekadar kemampuan kamera henset setakat mana sangat kualiti gambarnya.manakala di bawah pula aku ambil sebab ada pergerakan...entah la aku pun tak tahu..

sanggupa: dijakan siang untuk berkerja,dan dijadikan malam untuk berehat..

Friday, November 20, 2009

Ke Maktab

jaha amareka di KL..mat amareka di Membakut haha...

depan Lok Kawi

depan Lok Kawi

jiwa kelateku memang kuat..love kelantan..
baik punya iklan..

persiapan ke maktab


hihi..adik ni sedang membantu mamanya menjual air tebu..

hai semua yang menjengah blog hudos aku ni...ni la apa yang aku fikirkan sepanjang perjalanan ke maktab.walaupun banyak shot-shot yang menarik aku ketinggalan kerana malas mau berhenti.perjalanan tetap diteruskan kerana destinasi masih jauh..begitulah dengan kehidupan ini.teruskan berjalan biarpun kadang-kadang kita ketinggalan sesuatu yang indah..janganlah berpatah balik kerana perjalanan masih jauh..

sesekali toleh lah ke belakang melihat kesilapan yang telah kita lakukan agar tidak berulang lagi.pandang terus ke depan,letak hadaf perjalanan..jangan melencong kerana mungkin kita akan sampai lambat atau terus tersesat..perjalanan masih jauh...

sebelum perjalanan, perhatikan dulu apa yang perlu dibawa agar tidak ada yang kekurangan bila sampai di destinasi..begitulah kehidupan..di dalam perjalanan begitu banyak keindahan yang kadang-kadang mengubah haluan kita..jika terleka dengan keindahan tersebut rugilah kita..kesusahan untuk sampai ke destinasi haruslah di hadapi dengan sabar..memang penat sebuah perjalanan kerana di sana ada tempat rehat yang indah.sabarlah...tempuhilah dengan tenang..

sanggupa: antara shot yang sempat diambil.walaupun tak menarik,cukup menceritakan perjalanan aku ke maktab..huFF~..

Thursday, November 19, 2009

HITAM PUTIH USTAZ SAID (ORANG LAMA TAMAN DESA JAYA)





pepatah berkata, "kelapa tua banyak santan.""makin tua makin berisi""yang tua dihormati,yang muda dikasihi" dan banyak lagi pepatah orang tua-tua yang menggunakan perkataan tua.
apa-apapun,orang tua-tua haruslah kita hormati dan jika diberi nasihat,ambillah kerana mereka lebih dahulu makan garam daripada yang muda.
yang muda kebanyakannya terlebih makan garam.suka memandai dalam banyak perkara serta suka membelakangi orang tua dalam banyak perkara.kononya orang tua pemikirannya kolot...akhirnya orang muda terpaksa melutut di hadapan orang tua selepas terjatuh tangga.
sanggupa: model adalah ustaz said dari kedah.beliau tinggal di Sabah selama hampir puluh tahun.

Wednesday, November 18, 2009

KANAK-KANAK









kanak-kanak ibarat kain putih,ibubapa yang mencorakkan mereka.didikan anak-anak hendaklah menepati didikan islam yang sempurna.menjadi tanggungjawab ibubapa memberi didikan agama kepada anak-anak agar tidak menjadi ibubapa yang derhaka...ibubapa juga derhaka pada anak-anak...

kanak-kanak itu bersih,tiada berdosa...usaplah kepala kanak-kanak agar hati menjadi lembut.sayangilah mereka...didik dan asuhlah mereka dengan cara yang betul.

sanggupa: gambar adalah gambar tepon aku...aku edit dengan photoshop...

Tuesday, November 17, 2009

LANGIT


depan rumah aku di Taman Desa Jaya Membakut, Sabah

ni di pantai Pimping, Sabah..sebelah tu ada taik lembu tapi tak masuk frame la..

ni pun pantai Pimping waktu maghrib..

ni atap rumah aku..piring astro tu bukan alien hehe..

depan rumah aku jugak..

ni pantai Pimping..

kali ni tema gambar adalah langit.langit ibarat sebuah kanvas biru yang terlakar padanya bermacam-macam lukisan..awan-awan yang terbentuk menghasilkan pemandangan yang cantik..itulah kebesaran pencipta alam iaitu tuhan yang satu,Allah..

janganlah kita angkuh di dunia ini kerana kita hanyalah sebesar anak semut kurus yang tak cukup makan pula tu di dunia ini..lihatlah kebesaran Allah...

gambar adalah menggunakan photoshop bagi menambah seri cahaya dan warna selain di"crop" bagi mendapatkan frame yang sesuai...