Sunday, November 8, 2009

menjengah blog terbiar

begitu lama aku tidak menjengah blog ni.aku lebih suka dengan http://sanggupa.wordpress.com sehingga lupa untuk memberikan kasih kepada blog ni.ini baru blog sudah aku susah untuk berlaku adil.belum lagi pada bini.orang cakap kalau berbini dua tiga memang susah untuk berlaku adil.sedangkan anak pun ada terlebih kasih dan terkurang sayang antara satu dengan yang lain.

dengan anak mungkin akan terlebih sayangnya pada anak yang nampak baik dan kurang sayangnya pada anak yang sedikit nakal.aku pun tak tahu sebab aku belum ada anak bahkan belumpun ada bini haahaa..

adanya blog ini pada asalnya adalah sebagai platform aku menjunjung seni dikir barat.tapi sejak akhir-akhir ini aku agak kurang untuk memperjuangkan seni ini.biarlah orang-orang betul-betul seni meneruskan perjuangan ini.aku hanya bercongok di pinggir sebagai pemerhati dan sebagai peminat sahaja.masa aku untuk itu semua telah berlalu...

untuk pejuang sutra pawana aku terus menyokong anda dari belakang.pengalaman bersama sutra pawana cukup berharga bagi aku..terima kasih sutra pawana..

No comments:

Post a Comment