Thursday, July 1, 2010

SABAH

one borneo di waktu malam...supermarket terbesar
salah satu pemandangan di Kota Kinabalu
puncak gunung kinabalu

"Apa kau rasa bila kau dapat tawaran kerja di Sabah?.Kau rasa mau datang ke tidak?"
Pertanyaan seorang kawan Sabah aku kepada kawan aku yang dari Pahang. Soalan begini adalah biasa ditanyakan kepada orang semenanjung. Aku juga pernah ditanya pada awal mula keberadaan aku di Sabah.

Mengapa?Apa fikiran orang Semenanjung terhadap Sabah?Apa orang Sabah fikir tentang orang semenanjung?Apa bezanya semenanjung dan Sabah?Apakah semenanjung dan Sabah dua entiti yang berbeza?

Apa aku fikir tentang Sabah?Pada awalnya pada legar pemikiran aku yang sempit membayangkan Sabah adalah negeri yang dipenuhi hutan,penduduk yang masih kekampungan,tiada kemudahan yang lengkap,pegangan agama yang berbeza dan macam-macam lagi.Bila aku dapat tawaran datang ke Sabah,aku dirundung dalam dilema.Samada menolak atau menyerah diri untuk kepayahan hidup di Sabah.Macam-macam usikan aku dengar dari rakan-rakan menambahkan kerisauan.Tambahan pula aku baru saja tamat belajar dan ingin bersama keluarga.

Atas dorongan kakak yang pernah berkhidmat di Sabah dan ayahku, aku terima tawaran ini.

Aku mula membuka mata serta minda..Jauh sekali andaian aku dengan apa yang aku lihat..apa yang aku lihat di Kuala Lumpur, aku juga dapat lihat di sini.Biarpun tiada KLCC tapi di Sabah ada apa yang di KL tidak ada.Perpaduan...kemesraan...kesantunan..bahasa yang indah..Apa yang dipaparkan oleh media yang menjadi kepercayaan aku bahawa penduduknya bercawat lebur di tanah bawah bayu ini...

Pernah aku dengar seorang pakcik dengan bangga berkata pasal 1 malaysia :"orang semenanjung tak payah datang sini untuk ajar perpaduan..kami sudah lama bersatu.." Iya,aku mengiyakan dengan benar-benar Iya.

Aku juga dengar cakap-cakap orang semenanjung mengatakan orang Sabah kolot,orangnya kurang beragama,fikiran tak berkembang...HUH..! timbul rasa kurang selesa di hati aku.Seolah-olah aku rasa aku orang Sabah dan aku mahu pertahankan negeri aku..

Kenapa aku tidak setuju?Cuba tengok lah di mana-mana pun di Malaysia ni,bukan saja di Sabah, sama saja.Dalam masaalah sosial lebih kurang je di mana-mana negeri pun..dari segi pengamalan agama aku rasa lebih kurang di semenanjung.Yang jahil, jahil juga..yang alim tetap alim tidak kira di negeri mana.Jangan terlalu prejudis..Jauh bezanya dengan semananjung.Di sini bukan muslim ramai,namun mereka hidup aman dan masing-masing menghormati sama lain.

Aku tak nafikan ada juga yang pengetahuan agama mereka cetek,tapi adakah di semenanjung itu semuanya berpengetahuan agama kelas ulama?bahkan ramai yang menentang ulama..di sini tidak hairan lah mungkin kerana pendedahan yang kurang ataupun suasana sosialnya yang jauh berlainan.Itu salah siapa?

Banyak aku mahu luahkan,namun tak perlu aku tulis semua..banyak bezanya suasana di sini.Aku cuma mahu bagitahu kepada orang semenanjung di luar sana..tak usahlah kita mendabik dada dengan mengatakan kita lebih maju dari Sabah sedangkan nilai kemanusian makin hilang di telan kemajuan..kita mengatakan minda kita terbuka, tapi jika anda ke sini anda sebenarnya baru membuka minda..sedarlah,jalan tar yang kita nikmati itu adalah hasil dari kekayaan negeri Sabah.Tapi di sini rakyatnya terpaksa memijak tanah lecak untuk ke sekolah.

kamu yang bertugas di Sabah bukan didatangkan untuk menghina Sabah..sebaliknya di bahu kamu itu ada tanggung jawab yang besar sedang digalas..jangan hina Sabah..!!

Namun aku sedar,masih ada rakan di semenanjung yang tanya aku..
"kau berkawan dengan orang dayak ke di sana tu?" sedangkan apa yang aku lihat yang bercawat itu makin rami di KL...

2 comments: