Saturday, August 7, 2010

aku

aku mahu menulis
masih mahu menulis
walaupun tidak tahu
apa hatiku mahu
dari sudut ia berkata
luahkan segalanya
apa yang terbuku
agar semua tahu
benakku berpusing
persis si gasing
namun aku bingung
terus aku termenung
sampai bila
sampai gila
mencari sesuatu
yang aku tidak tahu
mungkinkah jiwaku kosong
biarpun banyak omong
bila jauh dari Tuhan
hati jadi tidak keruan
Ya Allah Tuhan alam
aku dalam kelam
jangan kau biarkan
aku dalam kegelapan...

No comments:

Post a Comment