Monday, August 2, 2010

MALAM


semalam bulan berkata
pergilah kepada matahari
agar malam menjadi terang
kerana bulan kan hilang
di kala hari itu menjelang
dari jauh malam merenung bulan
di balik rintikan hujan
perlahan malam ditinggalkan
akhirnya hilang di balik kesayuan
sendirian malam
menunggu sinar mentari
entahkan bercahaya entahkan tidak
kerana cahayanya untuk siang
bukan malam yang kelam
duhai bulan...
walaupun malam ini tidak datang
teranglah engkau
di mana pun kau berada..
wahai malam...
biarpun tidak terang
bintang masih gemerlapan
menyuluh jalan kegelapan
dan matahari...
jika kau tidak datang
malam tidakkan jadi siang
namun malam masih riang
diteman unggas dan bintang..

No comments:

Post a Comment