Tuesday, January 4, 2011

Barang Lama..

gambar ni takde kena mengena pun

waaa....lama tak menulis di blog ni.banyak perkara yang aku mahu tulis sebelum ni dan kongsi tapi dah luput dek line tenet yang terputus tak bersambung.pun begitu,idea tetap tak putus namun luput di telan masa dan isu-isu baru...

baru2 ni aku balik kampung.di rumah tu aku kemas2 bilik yang bersepah dengan nota2 masa belajar dan assigment.sedang aku belek nota lama,terlihatlah aku akan puisi yang terconteng dalam nota tu.dalam nota pun ada puisi...nampak sangat la masa pensyarah mengajar tu kepala dok tang lain...hehehe.sebenarnya puisi tu aku tulis bukan waktu pensyarah sedang mengajar... aku pun gatal lah tangan nak paste kat blog ni...macam lucu pula ayat2 aku susun masa dulu2...sampai sekarang pun tak pandai berpuisi...sebenarnya semua tu luahan hati aku.tapi terluah dalam bentuk ayat yang tak bersusun...apapun aku enjoy... ni aku tulis masa aku bekenan dekat sorang budak. tapi dalam hati je...tak pernah aku luahkan.tapi ada juga aku cerita dekat kawan2 sekadar berhibur...

Duhai bunga nan mekar

Ku ingin sunting dirimu

Agar hatiku segar

Dek harum wangimu

Duhai bunga nan mekar

Ku sangka dirimu senang dipetik

Segar harummu di dalam pagar

Hanya aku mampu menilik

8/8/05 613pm isnin

macam pelik je kan bunyi rima akhir...lantak lah...


yang ni aku tulis sebab dah bosan dengan ahli politik kampus dan luar kampus yang bercakap tak serupa buat..

Kau, aku…

Di bawah naungan sama

Satu bangsa satu agama

Kau bersuara, aku bersuara

Suara kau dan aku berbeza

Kenapa tak usah ditanya

Kau kata kau pembela agama

Aku kata aku pempela agama

Kau membela bangsa

Aku pun sama

Itu kata kau, tapi sebaliknya

Agama kau cela bukan kau bela

Bangsa kau hina tak terbela

Masihkah kau mengaku menjaga Negara?

18/04/04 ahad:1015 pg

macam ayat budak tadika je...tapi masa tu rasa pandai dah buat ayat hahahaa...

yang lain aku tulis lagu untuk dikir barat tapi tak pernah dinyanyikan...kalau ada masa aku pastekan sini untuk menyemakkan kepala otak korang yang tenang hahhaa....



No comments:

Post a Comment