Thursday, January 13, 2011

GERAM..



entah kenapa hari ini aku rasa cukup bertenaga
dalam menjalankan tugas aku sebagai guru.

kebiasaanya,aku sering rasa rendah diri dalam
menjalankan tugas.aku terlalu berlembut dengan
murid sehingga murid susah untuk dengar apa yang
aku nasihat.terutama murid tahun satu.

kelmarin,tika aku menjejakkan kaki ke tahun dua,
murid berkeliaran dalam kelas.aku minta supaya diam
di tempat masing-masing.ada dua orang murid (yang
pernah menjahanamkan aku masa praktikal) yang paling
tidak mendengar cakap tidak mempedulikan aku.
dengan yakin aku menjerkah murid tersebut.serta merta
kelas jadi diam.semua berlari mengambil tempat duduk.
tanpa aku peduli apa cikgu sebelah nak kata.

semasa aku mengajar,aku menghempuk pelajar dengan buku
teks kerana tidak mengmbil perhatian.aku menepuk meja
murid yang sedang bermain..

hari ni aku lebih berani mendenda murid.beberapa pelajar
tahun tiga aku lewatkan waktu pulang kerana tidak siap kerja.
sewaktu mengajar pun aku mendenda pelajar berdiri di depan.
sebelum ini aku tidak berani memandangkan kuasa pelajar zaman
sekarang lebih besar dari guru.aku juga segan dengan guru-guru
senior.tapi hari ini semua itu hilang...

biarpun sebelum ini aku agak segan untuk lakukan semua
itu.walaupun aku diajar supaya berlembut dengan murid.
gunakan pendekatan psikologi yang berhemah..semua itu
aku sudah lakukan...kali ini bukan lagi psikologi lembut
tapi psikologi keras..ini pun psikologi..

biarpun di hati aku kasihan dengan mereka, tapi itulah yang
terpaksa aku lakukan untuk menjadikan mereka manusia yang
berguna.

No comments:

Post a Comment