Wednesday, January 26, 2011

OH,MATA


gambar di atas sekadar hiasan...

dari kerana mata...hati boleh bergetar.jantung pun boleh terlelap.Kisah Rabiatul Adawiyah dan Hasan Al-Basri juga kerana mata...kerana mata yang melihat mata...mata membuatkan hati berkata aku tergoda...

setiap kali aku membuka FB mata aku akan berhenti seketika jika aku melihat mata...mata wanita yang menampakkan hanya matanya..tanpa wajah tapi hanya mata.wanita begitu mujahadah kerana hanya menampakkan matanya.gambar profil terpampang melirik,merenung,menajam menikam terus ke hati...itulah kuasa mata...mata WANITA..

mengapa hanya menampakkan mata??tanpa muka...mengapa tutup wajahmu yang indah itu??jika kamu ingin orang sekeliling memuji keindahan wajahmu itu?kenapa harus hanya mata yang kamu dedahkan??kenapa menyiksa jiwa para penonton matamu??

pemakaian purdah sangatlah dipuji...kerana boleh mengelakkan daripada fitnah.untuk menjauhkan daripada pandangan maksiat penontonmu...sebab itulah kamu tutup seluruh auratmu...kamu TUTUP supaya hanya yang layak sahaja dapat melihatmu...namun......kamu membuka fitnah di FB..kenapa melirih dengan matamu yang cantik itu?buat apa kamu tutup wajahmu,sedangkan kamu pampangkan matamu untuk tontonan umum?padahal kamu mujahadah untuk mengelak fitnah...kamu tutup wajahmu bukan kerana MALU wajahmu yang tidak cantik tapi MALU dengan tuhanMu...

sayangnya...kamu menggoda dalam keikhlasanmu menutup aurat...aku takut kamu maksiat dalam ibadat...

aku hanya manusia biasa...aku juga jahil...darjatmu lebih mulia daripadaku..aku tidak mampu mujahadah sepertimu...maafkan aku jika menyinggung perasaanmu...

p/s: purdah bukan untuk menutup wajah yang BURUK,sebaliknya lambang akhlak yang CANTIK...

No comments:

Post a Comment