Tuesday, September 27, 2011

INILAH JALAN KEHIDUPAN

kehidupan umpama sebuah jalan.banyak simpang,lopak dan siur yang memaksa kita membuat pilihan.menggunakan akal anugerah tuhan dan quran hadis sebagai panduan.kehidupan yang kita impikan tidak seindah angan-angan.jika kita berpegang erat dengan khayalan kita akan menemui kebuntuan.buntu di saat menempuhi persimpangan. di saat jalan ada halangan...akhirnya sesat jauh di hutan.jika tidak kembali menempuhi ujian,matilah kita tanpa iman.. jika kehidupan tidak seindah impian,usah kita mengutuk diri,menyalah taqdir,mengucap kata penyesalan..tempuhilah ia, kerana di situ ada jalan..ujian bukan penamat sebuah kehidupan. ujian adalah pengajaran untuk kita hadapi masa hadapan.jalan itu cuma memberi cabaran..menguji hati yang mengaku beriman. serlahkan syukur dan redha di atas nikmat dan ujian tuhan.kita kan merasai kemanisan iman...usah mengeluh wahai insan...di atas sekelumit kesusahan... menangis tanpa mahu menerima kenyataan hanya merugikan..lebih teruk jika menyalahi sesama insan..inilah jalan kita yang Allah telah tetapkan.tempuhilah ia dengan kekuatan iman dan kesabaran..berpegangan tangan..eratkan genggaman..teruskan berjalan..sama-sama bahu bergandingan..kerana di sana ada keindahan..sebuah perhentian seindah-indah taman.taman yang dijanjikan tuhan..kerana berjaya menempuhi ujian ketaqwaan... inilah ia sebuah kehidupan...tidak seindah di kotak fikiran..tidak seperti yang kita inginkan..kerana Allah tahu apa yang baik dan buruk bagi kita kerana Dia adalah Tuhan..

No comments:

Post a Comment