Saturday, July 11, 2009

MINAT DIKIR

aku bukan dilahirkan dalam kalangan orang seni atau berada dalam masyarakat seni. di kampung aku tiada pun kesenian yang di war-warkan sebagai seni Kelantan. masa kecil dulu ada la bangsal "boxing" atau silat. dikir barat,makyong,wayang kulit atau lain-lain tiada.

ketika bersekolah menengah, mat jen (juara tukang karut RTM tahun 2007) tu masuk UIA. bila dia balik kampung dia cerita tentang kehidupan dia sebagai tukang dikir di UIA. itu menimbulkan minat aku terhadap dikir barat.

bila habis sekolah menengah, aku ditawarkan ke UIA..kehidupan di UIA PJ aku tidak terlibat dengan dikir barat. kumpulan dikir yang sebelum ini telah terkubur dengan pemindahan ahli ke UIA Gombak dan ahli dibuang dari U.

sehinggalah satu hari seoarang pensyarah meminta kawan aku untuk persembahan dikir barat dalam dua bahasa,bahasa arab dan inggeris.aku segera menawarkan diri sebagai awak-awak.segala alatan pada masa itu dipinjamkan dari UIA Gombak kerana di sana ada kumpulan dikir senior yang berpindah dari UIA PJ.

persembahan pada malam itu sungguh menggembirakan. lagu yang dibawa dalam dua bahasa asing menarik minat pensyarah luar negara. masa tu aku tengok pensyarah aku dari Palestin bangun bertepuk tangan bersorak.

bila selesai persembahan, kami keluar dari dewan. di luar dewan kami berjumpa dengan seorang pegawai UIA PJ. dia meminta untuk ditubuhkan kelab dikir barat.segala perbelanjaan alat akan diuruskan oleh pejabat bahagian kesenian.ketika itu juga datang seorang penonton perempuan meluru ke arah kami.."im excited!" luah penonton tersebut.maka berkobar-kobarlah semangat untuk menubuhkan kelab dikir barat.

bagaimanapun,ketiadaan orang yang sanggup untuk menjadi ketua menyebabkan impian kami itu berkubur..dan komitmen ahli dalam latihan menyebabkan ianya menjadi angin.

pun begitu, semangat aku untuk terus berdikir disimpan ke lubuk hati. bila aku ke UIA Gombak aku ingin bergiat dalam seni dikir barat.itulah yang aku impikan bila sampai ke Gombak...

1 comment: