Thursday, July 16, 2009

NAGA BOGHO




setelah betungkus lumus menghabiskan pengajian di UIA PJ, akhirnya aku berjaya menjejak kaki ke taman ilmu dan budi kampus Gombak. gembira bukan kepalang kerana di sinilah baru aku duuktiraf sebagai mahasiswa. sebelum ini rupanya aku hanyalah pelajar matrikulasi tak lebih dari pelajar tingkatan enam.




pengjian di Gombak lebih mencabar...menjadi mahasiswa juga adalah mencabar. ekpedisi aku mencari pendikir UIA diteruskan. pertama kali aku ke tempat latihan dikir barat memang janggal. dengan berbekalkan ilmu perdikiran yang cetek berdasarkan pengalaman persembahan di PJ itulah aku gagahkan kaki.




aku rasa sedikit keciwa bila melihat bilangan ahli pada masa itu amatlah sedikit. yang ada hanyalah senior-senior yang dihujung-hujung pengajian. anggapan aku selama ini,dunia dikir di Gombak lebih seronok tersasar...aku rasa pada waktu itu,aku lah paling bongsu..




selesai trening, aku dibawa ke "kubor" (gelaran tempat makan sebab berdekatan kubur). di sana aku diceramahkan oleh presiden. masa tu presiden dikir barat yang bernama NAGA BOGHO ialah kori. dia juga adalah "tok jogho" NAGA BOGHO. kami berbual-bual mengenai keahlian dikir,masalah politik dan kumpulan dikir dan sebagainya.




NAGA BOGHO pernah dicap sebagai proksi BN kerana pada masa dulu persatuan anak Kelantan BN adalah kumpulan dikir barat. mungkin kerana sikap pendikir naga bogho yang tidak kisah soal politik menyebabkan ianya dicop begitu. tambahan pula keterlibatan kumpulan dikir dalam beberapa aktiviti politik bn. aku tak kisah soal itu,yang penting aku dapat berdikir. kalu tidak, buatlah satu lagi kumpulan dikir yang tidak cenderung kepada mana-mana parti. lagipun keahlian kami bukannya berfahaman politik yang sama. kami bersatu di atas nama dikir barat.




dari sinilah aku belajar berdikir. biarpun pada masa itu hanyalah untuk suka-suka mengisi malam hujung minggu. dari kolej aku berjalan kaki ke tempat latihan. dalam minda sudah disetkan setiap malam hujung minggu ada latihan. kadang-kadang aku sampai ke tempat latihan tiada orang...aku dapat letihan saja..




namun tidak mengapa,kerana semangat kenegerian aku yang tinggi aku tabahkan jua. untuk menghilangkan rasa kekok aku dalam kalangan senior,aku mengajak kawan-kawan turut serta. dan beliau ialah Zaki. setelah glemor bertukar nama jadi Pakdo hehe...


No comments:

Post a Comment