Tuesday, July 14, 2009

MANIK TERURAI...

setelah kekalahan dalam dua pilihanraya kecil, diteruskan lagi kekalahan di Manek Urai..BN terus menerus melakar kekalahan dalam pilihanraya kecil. apakah ini menunjukkan penolakan rakyat yang jemu dengan politik BN dan UMNO yang selalu menghidangkan projek-projek mee segera tatkala adanya pilihanraya atau memang rakyat sudah bosan dengan BN dan UMNO yang sering kali menyusahkan rakyat dengan akta-akta yang baru atau sikap kerajaan yang menekan rakyat...?

ketika mana diumumkan akan diadakan pilihanraya kecil di Manek Urai, media mula menunjukkan muka-muka pemimpin berucap dalam sidang media. aku tertarik dengan kata-kata salah seorang pemimpin BN yang mengatakan "Manek Urai adalah penentu penerimaan rakyat terhadap BN". adakah ini kerana di Manek Urai, penduduknya bermajoriti melayu? ini kerana pilihanraya sebelum ini menunjukkan pengundi bukan melayu nyata menolak BN. jadi, UMNO beranggapan jika di kawasan majoriti melayu, orang melayu masih sayangkan parti pusaka ini akan menghulurkan undi simpati supaya pusaka ini dapat diwariskan kepada anak cucu kerana pusaka ini kian nazak dan hampir hilang ke'gah'annya. ataupun BN/UMNO yakin menang memandangkan ini bukannya kawasan kubu kuat PAS, dan BN pernah melakar kemenagan yang besar. dengan menggunakan senjata utama, media propaganda yang berpelurukan pergolakan dalam PAS, kemiskinan dan jambatan baru, mereka fikir dapat menikam hati-hati pengundi Manek Urai.

sayang seribu kali sayang...kekalahan sudah menjadi takdir buat BN/UMNO. biarpun kekalahan tipis, tetap juga dikira kekalahan. BN mungkin boleh berbangga dengan undi yang meningkat, ini kerana ada peluru yang berjaya merobek hati pengundi Manek Urai. memadailah dengan usaha gigih mereka. hakikatnya tetap terpaksa ditelan. bagi PAS, ini harus dikaji kenapa ramai penyokongnya dahulu berpaling tadah...kemenangan ini bukanlah petanda yang baik bagi PAS dan mimpi buruk yang manis bagi BN.

bercakap mengenai penerimaan rakyat terhadap BN dan UMNO terutamanya, tidak boleh diukur dengan satu pilihanraya kecil ini. majoriti rakyat masih menolak BN. majoriti rakyat sudah mual dengan politik BN. rupanya rakyat di Manek Urai masih ramai yang cerdik dan tahu akan teknik jual ubat BN. rupa-rupanya rakyat sudah lama menunggu janji peraih ubat,kononya akan menunjukkan rupa hodoh akan bertukar cantik jika pakai ubatnya..ditunggu-tunggu sampai maghrib tidak juga ditunjukkan, akhirnya penduduk balik dengan hampa dan marah. cuma ada segelintir yang termakan 'kecek' membeli ubat tersebut sebab mudah terpedaya dan tidak serik terkena dengan penjual ubat penipu ataupun memang dia suka membeli ubat.

beruntunglah penduduk yang masih mempercayai dan yakin dengan kuasa Allah dan murunglah penduduk yang mempercayai kuasa ubat. sudahlah ubatnya tidak menjadi ditipunya lagi penjual ubat itu. rupanya air kosong yang dicedok dari telaga dijualnya sampai berpuluh-puluh ringgit. disangkanya penjual ubat ikhlas membantu, sebaliknya di"kekah"nya lagi penduduk yang miskin ini...

jambatan di Manek Urai akan tersimpan dalam lipatan akhbar, dan akan dibuka semula untuk pilihanraya akan datang.........

No comments:

Post a Comment