Thursday, June 30, 2011

SEPARUH SEMPURNA


Alhamdulillah...akhirnya aku diberi kesempatan untuk hidup berumah tangga seperti orang lain.satu kesempatan yang amat besar dalam hidupku...satu anugerah daripada Allah yang amat besar nilainya...akhirnya separuh agamaku telah sempurna...

pun begitu,terlalu banyak coretan yang menjadi cerita ingatan kepada kami berdua sepanjang tempoh kami berkenalan,bertunang dan berkahwin..satu pengalaman yang menjadi pedoman untuk kami layarkan bahtera ke pulau bahagia.

bahagia yang selalu aku sebut sebutkan itu kini kian menyinar dalam kehidupan kami.kerana bahagia itu berada di hati...tiada perasaan yang boleh meggambarkan kebahgiaan...bila aku terasa sangat bahgia,ungkapan "sayang" akan terkeluar singgah di telinga isteriku...

sayang...semoga rumahtangga yang kita bina berkekalan dalam kebahgiaan dan rahmat Allah..itulah yang suamimu harapkan...sama samalah kita menjadikan ianya kenyataan..
kerana sayang adalah penyejuk hati abi...

No comments:

Post a Comment