Wednesday, June 22, 2011

HARUMKANLAH


untuk mendapatkan sebuah taman yang indah amat sukar...
terlalu banyak duri perlu ditebas sepanjang perjalanan...
calar luka yang digores amat pedih...
luka yang dalam meninggalkan parut yang kekal...

bila mendapatkan taman nan indah itu...
bukan beerti disana tiada duri...
kadang kadang kita terluka dalam keindahan...
luka yang terpaksa didiamkan...

harumnya taman tidak sentiasa semerbak...
ada tikanya ia layu kemudian mengharum kembali...
usah menangis tika ia hilang...
kerana esok haruman itu datang lagi...

No comments:

Post a Comment