Monday, January 11, 2010

DOA PUTUS CINTA

Anda mungkin sedang mencari-cari pasangan hidup tapi mungkin belum berjumpa dengan pasangan yang cocok. Pelbagai usaha telah anda lakukan,namun tidak berhasil. Dalam memilih pasangan hidup haruslah berhati-hati takut mendapat yang sedap di mata,tapi pahit di hati. Mencari jodoh janganlah mencari kesempurnaan, kerana setiap kita ini ada kelemahan masing-masing. Jangan mengharapkan sesuatu yang tinggi pada pasangan anda kerana anda akan kecewa apabila mengetahui ianya tidak seperti yang anda harapkan.

Dalam memilih jodoh,jangan sampai silap memilih. Lelaki atau perempuan berhak memilih pasangan hidup masing-masing kerana ianya akan membawa bahagia InsyaAllah.

Di dalam proses memilih, anda biasanya dilamun cinta. Cinta yang kadang-kadang membawa kepada kemusnahan diri. Cinta yang tidak didasari dengan iman,biasanya melampaui batas syariat. Sering kita dengar kes-kes rogol atau penzinaan kerana cinta atas dasar nafsu. Pun begitu, cinta yang kononnya atas dasar kerana Allah ada juga yang tersasar kerana iman itu naik dan turun.

Bila sebut cinta, adanya putus cinta. Cinta yang disemai tidak subur seperti diharapkan oleh kerana satu pihak bermasaalah. Masaalah yang menghancurkan harapan satu pihak yang lain setelah diberi harapan atau setelah memberi harapan yang tinggi terhadap cinta mereka. Ini kebanyakkannya membawa kepada sakit hati atau hancur perasaan yang akhirnya membawa kepada tindakan yang bodoh.

Anda mungkin pernah melihat orang yang putus cinta seakan-akan bukan berada di bumi nyata. Fikirannya merewang jauh mengingati kenangan-kenangan atau kata-kata yang pernah diungkapkan yang membawa kepada terbinanya harapan. Keadaan ini jika tidak di kawal dengan akal yang waras dan agama boleh menjadikan manusia itu hanyut,hancur,putus asa dan sebagainya sehingga melakukan dosa besar,membunuh diri...

Setelah dikecewakan, janganlah anda mengambil langkah yang tidak masuk akal dan tidak masuk agama. Kawallah dengan fikiran yang dianugerahkan.

Cara untuk melupakan ialah:

1-dengan mengingati perangai pasangan anda yang anda tidak suka atau perkara lain yang anda tidak suka padanya yang selama ini anda pendam kerana sedang mabuk tahi telinga.

2- memperbanyakkan amalan sunat dengan seikhlasnya,semoga dosa-dosa kecil terampun

3-banyak berzikir,istighfar tatkala teringat

4-menyibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah,terutama aktiviti melibatkan kawan-kawan agar tidak terasa sunyi

5- membuang benda-benda yang boleh mendatangkan ingatan anda kepadanya

6- berdoa. berdoalah agar Allah ketemukan dengan jodoh yang baik lebih baik daripadanya

diatas salah satu doa yang boleh diamalkan.

Semoga pembaca mendapat manfaat daripada perkongsian ini..

No comments:

Post a Comment