Wednesday, February 9, 2011

kehidupan



hujan...
lepas ni keluar matahri
panas...
biasanya nak hujan
kabus...
pastikan cerah kembali
cerah...
tak semestinya selalu
malam...
hari kan kembali siang
siang...
tak akan berpanjangan

begitulah kehidupan...
penuh warna-warni...
kesenangan yang datang akan ada kesusahan...
kesusahan yang ada tidak berpanjangan...
hidup ibarat roda...
diatas dan ke bawah...
ujian sentiasa menghiasi...
mencorak kehidupan...
menjadikan kanvas hidup kita ceria...

sabar mencantikkan lagi lukisan kita...
redha menyerikan lagi corak kita...
kerana ujian itu...
mengukur tahap keimanan kita...
mengangkat darjat setingkat lagi...
menjadikan ia lebih bernilai...
lebih tinggi harganya...

Wednesday, January 26, 2011

OH,MATA


gambar di atas sekadar hiasan...

dari kerana mata...hati boleh bergetar.jantung pun boleh terlelap.Kisah Rabiatul Adawiyah dan Hasan Al-Basri juga kerana mata...kerana mata yang melihat mata...mata membuatkan hati berkata aku tergoda...

setiap kali aku membuka FB mata aku akan berhenti seketika jika aku melihat mata...mata wanita yang menampakkan hanya matanya..tanpa wajah tapi hanya mata.wanita begitu mujahadah kerana hanya menampakkan matanya.gambar profil terpampang melirik,merenung,menajam menikam terus ke hati...itulah kuasa mata...mata WANITA..

mengapa hanya menampakkan mata??tanpa muka...mengapa tutup wajahmu yang indah itu??jika kamu ingin orang sekeliling memuji keindahan wajahmu itu?kenapa harus hanya mata yang kamu dedahkan??kenapa menyiksa jiwa para penonton matamu??

pemakaian purdah sangatlah dipuji...kerana boleh mengelakkan daripada fitnah.untuk menjauhkan daripada pandangan maksiat penontonmu...sebab itulah kamu tutup seluruh auratmu...kamu TUTUP supaya hanya yang layak sahaja dapat melihatmu...namun......kamu membuka fitnah di FB..kenapa melirih dengan matamu yang cantik itu?buat apa kamu tutup wajahmu,sedangkan kamu pampangkan matamu untuk tontonan umum?padahal kamu mujahadah untuk mengelak fitnah...kamu tutup wajahmu bukan kerana MALU wajahmu yang tidak cantik tapi MALU dengan tuhanMu...

sayangnya...kamu menggoda dalam keikhlasanmu menutup aurat...aku takut kamu maksiat dalam ibadat...

aku hanya manusia biasa...aku juga jahil...darjatmu lebih mulia daripadaku..aku tidak mampu mujahadah sepertimu...maafkan aku jika menyinggung perasaanmu...

p/s: purdah bukan untuk menutup wajah yang BURUK,sebaliknya lambang akhlak yang CANTIK...

Saturday, January 22, 2011

ISLAM AIK?



drama melayu islamik...sungguh melucukan..apakah sekadar mengejar keuntungan atau niat berdakwah.
drama islamik satu perubahan positif tapi mungkin masih ada sedikit kejahilan tentang perlaksanaan.perkembangan yang bagus dalam menggantikan drama yang meruntuhkan moral.

yang melucukan ialah....adegan-adegan dalam drama tersebut.watak baik pakaian yang baik,tapi watak tak baik tak tutup aurat...jalan cerita sudah islamik,tapi watak tu tak islamik...

paling lucu,waktu aku lepak tengok tv drama islamik ni...ada la sorang pelakon pegang watak alim (islamik) terlihat "couple" sedang bermesra (tak islamik) dengan pakaian wanitanya agak mencucuk mata (tak islamik) sehingga nampak tali baju dan terdedah suku dada (tak islamik)...si alim ni berdoa: Ya Allah, janganla aku terlihat maksiat begini (islamik) dan menasihati "couple" tersebut mengajak solat (islamik)...

belum lagi bab pegang-pegang tangan (tak islamik) dan babak memberi tazkirah (islamik) bab dedah aurat (tak islamik) dalam drama berbentuk islamik...
bercampur gaul...islamik tapi tak islamik...jadi..islam AIK?...aku heran.......

Sunday, January 16, 2011

daun kayu



sesekali ke hilir
ditiup angin ke hulu
embun sering menumpang
rebah,bangun semula
aku masih segar
masih mampu gagah
kuyup menahan hujan
layu di terik panas
terus berdiri
sehingga mati
untuk terus berjuang
melakar keindahan
untuk mata yang memandang
biarpun aku
redam menahan kesakitan

Thursday, January 13, 2011

GERAM..



entah kenapa hari ini aku rasa cukup bertenaga
dalam menjalankan tugas aku sebagai guru.

kebiasaanya,aku sering rasa rendah diri dalam
menjalankan tugas.aku terlalu berlembut dengan
murid sehingga murid susah untuk dengar apa yang
aku nasihat.terutama murid tahun satu.

kelmarin,tika aku menjejakkan kaki ke tahun dua,
murid berkeliaran dalam kelas.aku minta supaya diam
di tempat masing-masing.ada dua orang murid (yang
pernah menjahanamkan aku masa praktikal) yang paling
tidak mendengar cakap tidak mempedulikan aku.
dengan yakin aku menjerkah murid tersebut.serta merta
kelas jadi diam.semua berlari mengambil tempat duduk.
tanpa aku peduli apa cikgu sebelah nak kata.

semasa aku mengajar,aku menghempuk pelajar dengan buku
teks kerana tidak mengmbil perhatian.aku menepuk meja
murid yang sedang bermain..

hari ni aku lebih berani mendenda murid.beberapa pelajar
tahun tiga aku lewatkan waktu pulang kerana tidak siap kerja.
sewaktu mengajar pun aku mendenda pelajar berdiri di depan.
sebelum ini aku tidak berani memandangkan kuasa pelajar zaman
sekarang lebih besar dari guru.aku juga segan dengan guru-guru
senior.tapi hari ini semua itu hilang...

biarpun sebelum ini aku agak segan untuk lakukan semua
itu.walaupun aku diajar supaya berlembut dengan murid.
gunakan pendekatan psikologi yang berhemah..semua itu
aku sudah lakukan...kali ini bukan lagi psikologi lembut
tapi psikologi keras..ini pun psikologi..

biarpun di hati aku kasihan dengan mereka, tapi itulah yang
terpaksa aku lakukan untuk menjadikan mereka manusia yang
berguna.

Wednesday, January 12, 2011

ku...



ku kenal
biarpun tak bersua
ku lihat
perbadi akhlak mulia
ku rasa
di hati berkembang bunga
ku impi
sebuah rumah bahgia
ku ingin
setulus ikhlas cinta
ku harap
kekal hingga ke syurga
ku cuba
sabar di atas duga
ku takut
hanyut di arus goda
ku goyah
dihujah pancaroba
ku serah
pada padaNya yang Esa
ku yakin
hikmah ada sebaliknya
ku redha
atas segala-galanya
ku hanya
insan biasa...

Monday, January 10, 2011

kasih ayah



"asal datang sekolah ja kau sakit perut..kau tipu cikgu lagi.."
anak itu diam sambil di tangannya sebiji "nugget" manakala sebelah lagi memegang perut.
"sini pulang.." ayah itu memanggil anaknya.
dia bangun perlahan-lahan keluar bilik guru.aku memerhati gelagat dua beranak ini.aku tersenyum memikirkan helah anak itu.
tapi aku tersentuh bila anak itu memeluk ayahnya sambil berjalan.seraya ayahnya meletakkan tangan di bahu anak itu...anak itu baru tahun satu..
aku tersenyum lagi.hati aku tersentuh...sukenye....

Saturday, January 8, 2011


ku hampir menemui kebahagiaan
di balik jerih kepayahan
semakin diselam semakin dalam
denyutan hati tak bisa ditahan

ku hargai pemberianMu tuhan
kau anugerah ku seorang insan
yang akan menerangi kehidupan
yang akan meluruskan jalan

Friday, January 7, 2011

AH...


ku serah pada pasrah
setelah susah melawan payah
ku perah keringat basah
setelah lelah membanting kerah
tak usah ku keluh kesah
mengenang kisah yang lalu sudah
sebuah madah penuh berhelah
ku telan padah luka berdarah

Thursday, January 6, 2011

suka SAYANG...



cukup mendalam kata2 ni..jadi, aku kongsi
ngan korang semua..aku ambil dari FB sorang
kawan...syukran..


Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG
untuk orang yang kit...a SUKA,

kerana orang yang kita SUKA
akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka SAYANG..

Jangan cuba dapatkan apa yang kita SAYANG,
tapi SAYANGlah dengan apa yang kita ada
sebelum kita kehilangan apa yang kita SAYANG,

kerana orang yang SAYANGkan kita
mungkin orang yang sebenarnya kita SAYANG..

Lebih baik bersama dengan orang yang SAYANGkan kita
daripada orang yang kita SAYANG,

kerana orang yang kita SAYANG
mungkin hanya SUKAkan kita tanpa rasa SAYANG..

cinta tanpa paksaan...cinta juga tidak bersyarat
tapi cinta bersyariat...

SATU


sejak akhir-akhir ni budak yang tak pandai mengira tahu sebut satu..
semua nak SATU...sampaikan penjual ubi pun guna nama satu...
kadang2 aku rasa janggal bila baca slogan syarikat atau iklan yang
menumpang popular no SATU...

Angka SATU pun begitu dibenci oleh kerajaan Selangor...sampaikan
diarahkan supaya diturunkan mana2 billboard yang ada no satu..
no satu dah jadi bahan politik oleh orang no satu negara yang
mempunyai satu bini...

dalam mana2 kempen mesti no satu disebut.slogan yang tak ada pun
direka2 masa kempen asalkan ada selit no satu...satu keluarga,satu laptop...
ok lagi...satu laki satu bini..ok jugak...pendek kata semua satu...

lip lap,lip lap...harga minyak naik...minyak masak abis bekalan..harga
bawang melambung...harga gas,minyak tanah dan sebagainya ditambah satu
lagi angka...


no SATU akhirnya jadi HANTU..rakyat malaysia jadi haru biru..
sebab tu pangkah biru..lama2 jadi kelabu..masuk angin keluar asap...
aku rasa PRK akan datang, cukuplah satu kerusi...

Tuesday, January 4, 2011

Barang Lama..

gambar ni takde kena mengena pun

waaa....lama tak menulis di blog ni.banyak perkara yang aku mahu tulis sebelum ni dan kongsi tapi dah luput dek line tenet yang terputus tak bersambung.pun begitu,idea tetap tak putus namun luput di telan masa dan isu-isu baru...

baru2 ni aku balik kampung.di rumah tu aku kemas2 bilik yang bersepah dengan nota2 masa belajar dan assigment.sedang aku belek nota lama,terlihatlah aku akan puisi yang terconteng dalam nota tu.dalam nota pun ada puisi...nampak sangat la masa pensyarah mengajar tu kepala dok tang lain...hehehe.sebenarnya puisi tu aku tulis bukan waktu pensyarah sedang mengajar... aku pun gatal lah tangan nak paste kat blog ni...macam lucu pula ayat2 aku susun masa dulu2...sampai sekarang pun tak pandai berpuisi...sebenarnya semua tu luahan hati aku.tapi terluah dalam bentuk ayat yang tak bersusun...apapun aku enjoy... ni aku tulis masa aku bekenan dekat sorang budak. tapi dalam hati je...tak pernah aku luahkan.tapi ada juga aku cerita dekat kawan2 sekadar berhibur...

Duhai bunga nan mekar

Ku ingin sunting dirimu

Agar hatiku segar

Dek harum wangimu

Duhai bunga nan mekar

Ku sangka dirimu senang dipetik

Segar harummu di dalam pagar

Hanya aku mampu menilik

8/8/05 613pm isnin

macam pelik je kan bunyi rima akhir...lantak lah...


yang ni aku tulis sebab dah bosan dengan ahli politik kampus dan luar kampus yang bercakap tak serupa buat..

Kau, aku…

Di bawah naungan sama

Satu bangsa satu agama

Kau bersuara, aku bersuara

Suara kau dan aku berbeza

Kenapa tak usah ditanya

Kau kata kau pembela agama

Aku kata aku pempela agama

Kau membela bangsa

Aku pun sama

Itu kata kau, tapi sebaliknya

Agama kau cela bukan kau bela

Bangsa kau hina tak terbela

Masihkah kau mengaku menjaga Negara?

18/04/04 ahad:1015 pg

macam ayat budak tadika je...tapi masa tu rasa pandai dah buat ayat hahahaa...

yang lain aku tulis lagu untuk dikir barat tapi tak pernah dinyanyikan...kalau ada masa aku pastekan sini untuk menyemakkan kepala otak korang yang tenang hahhaa....



Sunday, October 24, 2010

kiamat

bila kiamat berlaku,semua akan mati...
tiba-tiba datang muridku dengan linangan airmata...
"ustat, mama pun mati juga..?"
"ya,semua mati..."
dia terus kembali ke tempat duduk.dengan genangan airmata...
aku tanya kenapa bersedih? airmatanya sebagai jawapan..dia terus menangis..
aku faham...aku memujuk dengan mengatakan bahawa kita semua dihidupkan balik...
tiba-tiba seorang lagi muridku menangis...
aku tersenyum...betapa mereka sayangkan ibu mereka...
namun akhirnya muridku berjaya dipujuk...
"kita akan hidup kembali dan dimasukkan ke syurga.."

itulah kisah kasih anak terhadap ibunya..

Saturday, October 2, 2010

MATI PASTI


kita hidup hanya untuk mati.kehidupan ini hanyalah medan untuk mengumpul bekalan menuju kematian.di sana kita dinilai...sebanyak mana bekalan yang kita sediakan untuk mati atau bekalan untuk hidup yang mengatasi.

kita lupa..sibuk dengan mengumpul harta untuk hidup hari ini,esok dan selamanya..seolah kita tidak berjumpa dengan kematian.kekalutan mengumpul bekalan hidup sehingga menindas hak orang lain,lupa kewajipan,lupa hak Dia dan tugas kita sebagai hamba yang wajib taat dan patuh padaNya...

kita hidup untuk mati...setiap perbuatan kita adalah untuk mati...untuk kita semasa waktu kita mati...kata-kata kita untuk mati...kita menuju mati...kita akan mati...kita menunggu mati dan mati menunggu kita...dunia ini adalah titi kematian...berhati-hati semasa meniti agar tidak roboh.agar kita selamat menuju kematian...agar tidak mati dalam kehinaan...

Ya Allah...akhirilah kehidupan kami dengan pengakhiran yang baik...jangan Kau akhiri dengan pengakhiran yang buruk...dan masukkanlah kami ke dalam syurga Mu...

Monday, August 30, 2010

rapuh

mengapa aku belum tabah
biarpun titik-titik itu
pernah memberi aku kekuatan
mengajar aku erti
sebuah kekecewaan
apakah kerana
alur retak belum hilang
atau ia memang rapuh
untuk menahan
setitis dugaan..

Saturday, August 21, 2010

JIWA BESAR


"orang berjuang jiwanya besar..." ringkas tapi cukup menghentak..kata-kata ustaz itu membuatkan aku terfikir...apakah aku berjiwa besar? atau nafsu yang besar?

kita "scan" diri kita sendiri..dalam berjuang di mana kita? apakah sumbangan kita? baru kita tahu, jiwa atau nafsu lebih besar...jika takut dalam berjuang,bermakna kita bernafsu besar...jika kita berani (tapi bijak) maknanya jiwa kita besar..

kata-kata Anwar Ibrahim: "kalau takut dengan cabaran,jangan bicara soal perjuangan.."
inilah orang yang berjiwa besar...

aku..?masih bernafsu besar...

Friday, August 13, 2010

JUDGE THE BOOK


terbaca status seorang kawan di 'febuk'...tertulis "SaYa TeRTaRiK DenGaN KaTa2 SeSeoRanG..OranG YanG MeNuTuP auRaT SePeNuHNYa TaK BerMakSuD Dia SeMPurNa DaRi SeGi aKhLaKnya~~~

maka komenlah rakan-rakanya yang lain..aku tertarik dengan kenyataan salah satu pe'ngomen' dimana gambarnya tidak bertudung berbunyi.."
Betul tu ****(nama) x semestinya org yg x pkai tudung tu jahat kan. Hehehe!"

ada juga yang komen menyebut "taqwa"..Allah tidak lihat pada pakaian tapi taqwa...

betul..semua betul..tak semua pakai tudung tu baik,tak semua yang tak pakai tudung tu jahat..aku setuju..Allah nilai pada taqwa...bukan pada pakaian beb!

cuma, cuba kita huraikan apa itu taqwa...macamana yang dikatakan bertaqwa..kalu tak pakai tudung tu tanda bertaqwa kot?wakakaka........renung-renungkan,selamat beramal...!!






Wednesday, August 11, 2010

Posa

Bila posa semua orang sebut "syoknya posa" padahal hakikatnya seronok nak sambut hari raya.banyak "sms" berpantun pasal posa di"send"kononya "aware" pasal posa.aku perhati di pasaraya seminggu dua sebelum posa dah ada "sale" hari raya..mungkin sebab dia tu "pasar RAYA" lantak lah itu "bisness" punya orang.

bila posa...fuhhh...tergoda!!bukan dengan makanan,tapi dengan pemandangan orang-orang yang berpuasa.kesian lelaki yang cuba nak berposa dengan aman...telan air liur bukan sebab dahaga tapi sebab tengok paha (bukan paha ayam percik).aku pun tak paham apa fenomena la sekarang ni permpuan suka pakai seluar sekerat (sampai nampak paha).lagi syok awal-awal lagi diorang pergi sahur...baru nak niat posa esok dah bersahur dengan paha..fuhhh.......!!

pakai tudung bila posa datang..bagus...tapi lagi bagus kalau terus konsisten sampai mati.sebab tutup aurat bukan difardhukan pada bulan posa saja..pakai tudung tu biar la betul bukan main letak macam topi..baju pula ketat..entahlah..kalau bagitau semua cakap tau...rasa gatal je mulut mau cakap "baik kau bogel saja pegi pasar!!!" bila bogel takde la orang nak tengok, sebab orang lain pun reti malu nak tengok!!

kesianilah orang lain.orang lain mau posa baik-baik..jangan sampai posa orang lain turut terjejas sebab korang.biarpun ini adalah satu ujian di bulan posa (kena sabar la wei..) bukan semua boleh tahan dengan godaan.jangan ambil alih kerja setan di bulan ramadhan ni...

last sekali bulan saja posa..orang entah apa-apa...
berapa ramai orang berpuasa tapi hanya mendapat lapar dan dahaga......

Saturday, August 7, 2010

aku

aku mahu menulis
masih mahu menulis
walaupun tidak tahu
apa hatiku mahu
dari sudut ia berkata
luahkan segalanya
apa yang terbuku
agar semua tahu
benakku berpusing
persis si gasing
namun aku bingung
terus aku termenung
sampai bila
sampai gila
mencari sesuatu
yang aku tidak tahu
mungkinkah jiwaku kosong
biarpun banyak omong
bila jauh dari Tuhan
hati jadi tidak keruan
Ya Allah Tuhan alam
aku dalam kelam
jangan kau biarkan
aku dalam kegelapan...

aku manusia

saban hari bercerita
soal manusia
ragam dan karenah
saling berbeza
baik jahat
sukar di teka
sama ketawa
berlainan nada
kononya mulia
penuh dusta
tampaknya jelek
darjatnya awlia
mulut manis
bicaranya menghiris
ah.......
aku ingin jadi manusia
beginilah rupa
menunding jari
menunjuk dia,dia
aku..?lupa?
aku juga manusia
aku ketawa
kita sama
satu manusia...