Saturday, December 12, 2009

HUJAN

sambil menunggu masa berlalu..menunggu jam 4 pagi untuk bersiap ke lapangan terbang..aku gagahkan kelopak mata...aku tongkat mataku dengan mengemaskini blog dan mengedit gambar..aku takut mataku melenyapkan penerbangan aku esok..

gambar ini diambil sewaktu balik dari beufort..hujan menghentikan perjalanan kami..titisan air mengingatkan aku kepada gambar yang terpampang di papan utama flikr photopages.aku pun mahu cuba dengan menggunakan alat yang terhad iaitu henset...enjoy.....!!!



REHLAH KE BEUFORT


EKSPO PERDAGANGAN
gamelan

pemain gong

guling tangan

berkebetulan juga di pesta tersebut berlansungnya "pertandingan bergandang" ataupun bergendang.diselit dengan persembahan lagu zapin.muzik mengalun melambai mengajak aku mengalai..mari tah mengalai..mari tah mengalai...aku teruja sehingga bagaikan mahu turut sama mengalai.kalau tidak fikir status(cikgu), mungkin aku dah bersama makcik dan pakcik yang sedang mengalai (menari).

budaya masyarakat brunei tidak dapat lari daripada zapin.biasanya kalau di majlis perkahwinan mesti ada zapin dan gambus termasuk karaoke.tanpa berzapin bagaikan nasi tak berlauk..

gambus karan

maka,tamatlah rehlah sanggupa pada tahun ini di Sabah.rehlah bersambung lagi di bumi tercinta Kelantan.selama seminggu berehlah di Sabah telah membakar kulit aku yang sedia terbakar.bahang matahari telah menukarkan aku kepada suria baja hitam haha..

makcik mengguling tangan

doakan rehlah sanggupa selamat..


Thursday, December 10, 2009

cuba untuk berjaya

mengambil gambar bukan kerja yang mudah.untuk mencari sudut-sudut yang menarik amatlah susah sehingga terpaksa snap beberapa kali terutama jika subjek itu benda yang bergerak.mata dan otak harus bersatu melihat dan berimaginasi gambar macamana yang dikehendaki.



kita mungkin melihat subjek itu biasa,tapi jika dilihat dari sudut lain ianya jadi luarbiasa.itulah yang dikatakan seni.semua orang boleh mengambil gambar,tapi nilai seni itu mungkin berbeza.


aku biarpun tidak pandai,tapi aku cuba untuk pandai.setelah berusaha aku rasakan ada peningkatan pada gambar yang aku snap.biarpun hanya menggunakan kamera telefon,aku berpuas hati.bagaimanapun aku tetap rasa kekurangan dan ingin mendapatkan SLR suatu hari nanti.

kredit kepada Ali Karimi dan Chipto Wiryawan diatas nasihat dan tunjuk ajar.

Wednesday, December 9, 2009

PANTAI BAK-BAK, KUDAT






rehlah sanggupa bersambung lagi pada kedua harinya ke pantai Bak-Bak, tidak jauh dengan puncak borneo.

agak terpegun melihat hamparan batu seperti lantai simen membelah laut seolah-olah buatan manusia..nyata..ciptaan Allah lagi hebat!!

kelihatan tempat rekreasi pantai ini sedikit tidak terurus,biarpun sewaktu aku sampai kelihatan ada pakcik sedang memotong rumput.kelihatan seolah-olah terbiar...walaupun terbiar,pemandangannya sungguh menarik lensa kamera aku, sampaikan kawan aku ajak meronda ke tempat lain,aku belum puas mengisi kad memori dengan sudut pandangan yang cantik.

keseronokan menjelajah puncak borneo bersama kawan membuatkan aku ingin sentiasa menjadi remaja...iya,remaja..agar aku dapat bersama kawan-kawan sebagaimana aku bersama sekarang.bebas seperti burung,tanpa tanggungjawab terhadap orang lain.

jika sudah ada isteri,agak susah untuk bersama kawan seperti ini.merantau..merayau..tanpa orang peduli.kemesraan kawan-kawan membuatkan aku fikir malas untuk membina sebuah rumah tangga.aku hidup begini lebih gembira!!

namun,fitrah manusia tidak boleh dialpa..mafhum amaran nabi: sekiranya kamu tidak suka pada sunnahku,bukan daripada golonganku.."kahwin juga adalah sunnah nabi..

buat masa sekarang,biarlah aku terus terbang selagi sayap aku masih utuh menongkah angin.sesekali hinggap di dahanan naluri lelaki,ingin aku terus rehat dari terbang..tapi bila lenguh sayapku hilang,langit yang luas menggamit aku terbang...terbang..terbang...aku mahu terbang...

Tuesday, December 8, 2009

simpang mengayau kudat






setelah dua minggu aku berhempas pulas dengan pelajaran di maktab,akhir aku meraikan kebebasan...aku bebas dari tekanan kelas yang panjang bermula pagi sampai kadang-kadang tu malam...berat kepala otak...akhirnya aku laungkan kebebasan di puncak Borneo,Kudat...Aku bebas!!!!

perjalanan ke kudat memakan masa yang agak lama..konvoi dengan motor ex5 sebanyak empat buah je dan sebuah kancil.bertolak dari KK dalam pukul 12 tghari sampai pukul 4 ptg..penat..tapi kepenatan itu hilang bila aku di puncak..puncak borneo..puncak negeri Sabah..

melihat laut yang luas,matahari terbenam,ukiran batu yang dihakis ombak menghakis kepenatan perjalanan yang jauh..

puncak Borneo ni,kalau lihat dalam peta,berada di tanduk negeri Sabah.tempatnya tidaklah besar tapi menarik...

Sunday, November 29, 2009

KEDAMAIAN

mencari kedamaian





tatkala sampai di puncak aku bagaikan mahu berteriak.takjub dengan ciptaanNya..hanya "subhanallah" terkeluar dari mulutku.begitu indah suasana berkabus di puncak bukit.kelihatan curam dan belukar melakari pemandangan bukit ini.

jarak pengelihatan yang dekat kerana ditutupi kabus yang tebal.kami sungguh teruja berteriak di sini!!di sini!! untuk mendapatkan pemandangan yang cantik untuk diabadikan dalam gambar.




kedamaian di puncak menghilangkan sejenak penat jiwa yang selama ini berkecamuk memaksa sehingga terdampar kepenatan.bagaikan diberi nafas baru bila berada di puncak bukit berkabus.angin yang segan-segan menambahkan lagi keasyikan kami.bagai mahu dihirup seluruh udara yang memenuhi ruang untuk disimpan kekal di jiwaku.biarkan sentiasa damai sedamai panorama yang sedang aku nikmati.


sebenarnya terdapat beberapa tempat yang agak menarik untuk digambar,tetapi kehadiran anjing belaan menyalak kami apabila berhenti untuk bergambar menyebabkan kami lupakan saja tempat itu.

aku kagum,hairan..di puncak bukit tinggi jauh dari manusia,masih juga ada manusia tinggal di atas sana.terdapat beberapa rumah yang dihuni orang.adanya sekolah dan kampung..begitulah Allah menebarkan manusia memenuhi setiap ceruk di bumiNya.

Thursday, November 26, 2009

AIDUL ADHA








cuba tengok beg makcik tu...hehe..

teringat gambar acheh




aku dan ustaz yusof..


Aidiladha walaupun tidak disambut dengan meriah,sekurang-kurangnya aku terubat dengan melihat ratusan orang berkumpul di masjid negeri Likas,Sabah..sungguh indah gubahan landskap dan lokasi masjid ini.ditambah pula dengan kedatangan jemaah yang begitu ramai.tikamana jemaah pulang bagaikan jemaah haji sedang bertawaf berduyun-duyun mengelilingi kolam di tepi masjid.

ragam manusia yang pelbagai disimpan dalam baju melayu,datang dengan niat yang baik untuk menunaikan solat sunat aiduladha.aku turut menyimpan rahsia kehidupan sebenar aku dalam poket baju melayu.

walau sehebat manapun kenakalan kita masih lagi mengenali karpet masjid.masih lagi mencium lantai masjid.oleh itu janganlah memandang manusia yang jahat itu dengan sehina pandangan,kerana kita tidak tahu penghujung hayatnya dia menjadi ahli syurga..jangan lupa sebaik manusia,belum pasti penhujung hayatnya tersenarai dalam tetamu syurga.pernah tercatit dalam sejarah seorang wali berakhir hayatnya dengan su'ul khatimah hanya kerana seorang wanita dan seorang pelacur termasuk dalam golongan ahli syurga kerana seekor anjing.

Ya Allah kau akhirilah hayat kami dengan kesudahan yang baik (husnul khaatimah) dan janganlah engkau tamatkan riwayat kami dengan penamat yang buruk (su ul khatimah)
tetapkanlah hati-hati kami diatas agamamu ya Allah..amin

AiDul AdhA

kesekian kalinya aku terpaksa beraya di sabah.raya aidilfitri dan kini aiduladha.biarpun aidilfitri pada tahun ini aku beraya di sabah,tapi ianya menyeronokkan kerana suasananya yang agak meriah.

namun, pada aiduladha ini aku rasakan kesunyian.tanpa ada suasana esok hari raya..lepak bersama kawan di alam mesra dan melepak di rumah sewa tanpa ada sedikit pun suasana raya.mungkin kerana di sini penduduknya tidak ramai islam.lain di membakut..

kalau di Kelantan tanahairku tercinta,suasananya agak terasa.sebelum raya pun terasa macam akan menyambut hari raya.walaupun bagi aku tidaklah semeriah aidilfitri.

aku terpaksa korbankan dua hari raya pada tahun ini untuk bersama keluarga..kerana terpaksa berpenat di maktab.cuti yang hanya 3 hari tidak memadai untuk balik.tahun depan insyaAllah aku akan bersama kembali...

Wednesday, November 25, 2009

daun


lokasi: masjid asy-syakirin,IPGM Gaya
model:pokok bunga

pada mulanya aku mau buat gambar abstrak.aku snap la guna hp aku.bila masuk laptop aku rasa macam pernah nampak gambar sebegini yang diambil menggunakan slr.hp aku dah jadi slr ke?haha

belajar khat


belajar khat.
model:ustazah jamilah
tempat:kelas c41

kelas ini kami kena tulis lima jenis khat.bukan senang kena buat ukir-ukir bunga khat ni.kami kena tulis khat nasakh,khat diwani,khat thuluth,khat raq'ah, dan khat kufi..

Tuesday, November 24, 2009

HANYALAH PENSEL

HANYALAH PENSEL




bermula dengan pensel aku mengenali "a",aku kenal "alif"..bermula dengan pensel aku di menara gading,bermula dengan pensel aku berdiri sebagai aku tatkala kini.

lakaran kejayaan bermula dengan sebatang pensil yang hanya berharga 20 sen sebatang.dengan pensil juga aku mencanting bakat.ilmu bagaikan mengalir di hujung mata sebatang pensil,mencorak kejayaan seorang perdana menteri,doktor,ulama serta cikgu yang bangga berdiri hanya kerana sebatang pensil...

apa aku mengarut nih..haha...sebenarnya tajuk gambar aku hari ini ialah pensil.aku snap masa dalam kelas.

di kesempatan ini aku mengucapkan selamat menjawab peperiksaan kepada sahabat-sahabat yang masih belajar di menara gading dengan doa semoga mendapat kejayaan yang cemerlang.ingatlah,ilmu itu milik Allah,mintalah padaNya keberkatan dan pertolongan.

sanggupa: jika pokok-pokok dijadikan pen dan laut dijadikan tinta,tidak habis ilmu Allah untuk ditulis..